jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

  1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar di PIS.

  2. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

  3. Keputusan peperiksaan dan penilaian akhir semester diumumkan mengikut tarikh yang ditetapkan di dalam Takwim Aktiviti Pentaksiran Politeknik Malaysia tahun semasa yang dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

  4. Memastikan pelaksanaan 100% Pemberian Pendidikan dan Latihan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil dalam bidang kejuruteraan, teknologi reka bentuk dan hospitaliti.

  5. Memastikan pelaksanaan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri / WBL pada setiap semester.

VISI 
VISION
» MENJADI PENERAJU INSTITUSI TVET YANG UNGGUL
TO BE THE LEADING-EDGE TVET INSTITUTION
MISI
Mission
» Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf
To provide wide access to quality and recognized TVET programmes
» Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat
To empower communities through research, innovation and life-long learning
» Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang
To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduates
» Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan
To capitalise on smart partnership with stakeholders
» Mengungguli bidang kejuruteraan, teknologi rekabentuk dan hospitaliti bercirikan bidang tujahan rekabentuk kreatif.
To be the forefront in engineering, design technology and hospitality disciplines emphasizing on the niche area of creative design.

 

VISI



DASAR KUALITI
Dasar kualiti PIS adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, teknologi reka bentuk dan hospitaliti melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan dan kepatuhan undang-undang. PIS komited untuk memastikan kehendak pihak berkepentingan pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
OBJEKTIF KUALITI
Kecemerlangan Organisasi
Mencapai 100% dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Politeknik Ibrahim Sultan.
Kecemerlangan Staf
Memastikan semua staf PIS menghadiri kursus/bengkel/seminar merujuk arahan pekeliling yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Kecemerlangan Akademik
  1. Kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 92% bagi setiap semester.
  2. Mencapai sekurang-kurangnya 25% pelajar yang lulus untuk setiap program Ijazah Sarjana Muda , Diploma dan Sijil bagi setiap semester mencapai Purata Nilai Mata (PNM) 3.00 atau lebih.
Kecemerlangan proses
Memastikan semua prosedur mencapai objektif kualiti dalam Sistem Pengurusan Kualiti.

 SIJIL SIRIM 2022 2026

logo pis

PENERANGAN LOGO


4 bucu mewakil teras yang terkandung dalam Halatuiu Transfomasi Politeknik dan Juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Teknikal, Vokasional, Pendidikan dan Latihan

Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagal peneraju TVET.

Font yang digunakan bagl POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah kemajuan teknologi global. Font MALAYSIA menggunakan font Abeatby Kai bagi memperlihatkan element kemodenan. Cambria Bold pula di gunakan bagi perkataan yang mewakili nama-nama politeknik yang ada. Rupa huruf Serif yang lebih formal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan Politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.

Wama merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Wama hitam pula mewakili aspek profesionalisma.