jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Selamat Datang Lawatan Penilaian Akreditasi ETAC 25-26 September 2019 diketuai oleh Y.Bhg Ir AP Adnan Zulkiple

Semoga Politeknik Ibrahim Sultan terus meneraju ilmu sejagat

Doakan kejayaan Politeknik Ibrahim Sultan

 

etac01

etac02

 

etac03

etac04

Tarikh : 15 September 2019
Lokasi : Summit USJ

Telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Kolaborasi di antara PIS dengan Industri Animasi dan Media Baharu. Jalinan kolaborasi ini adalah bagi memantapkan lagi usaha melahirkan graduan yabg berkualiti serta berdaya saing.

Antara syarikat yang menandatangi nota kolaborasi tersebut ialah :
1. Blindspot Studio, KL
2. Animas, KL
3. Animagis, Melaka
4. Creatvtoon, KL
5. Blueye Studio, JB
6. Sead Studio, KL
7. Gesturz Uitm, Shah Alam

Majlis Tandatangan tersebut berlangsung di Summit USJ bersekali dengan penganjuran Animation Festival (AniFest) yang dikelolakan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA). Anifest membawa pelbagai aktiviti berkaitan animasi

coc anifest 01  coc anifest 08

coc anifest 04  coc anifest 05

coc anifest 06  coc anifest 07

coc anifest 03

coc anifest 02

Program Gerak Usahawan Kampus (GUK) Zon Selatan 2019

Lokasi : Politeknik Mersing (18

- 20 September) melibatkan 8 Politeknik dan 23 Kolej Komuniti Zon Selatan.

Berikut adalah keputusan melibatkan peserta Ibrahim Sultan :

1. Chefpreneur & Cake Deco Challenge - naib johan

2. Busking - Naib Johan

3. Siswapreneur Showcase Naib Johan - Fesyen (Inovasi telekung)

4. Siswapreneur Showcase Saguhati - tempat ke 4 Fesyen (Tudung n Brooch)

5. Cashflow - Saguhati /(tempat ke-4)

6. Explore

Race Challange - Saguhati/ tempat ke 5

Terima Kasih kepada semua

 

gerak 1

gerak 2

gerak 3

Pada 16 september 2019 yang lepas, Kelab Teraju Ujong Tanah (TAUT) menghantar seramai 4 orang ahlinya yang terdiri daripada pelajar Program Diploma Fesyen dan Pakaian, Program Diploma Reka Bentuk Grafik daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) serta pelajar dari Program Diploma Pengurusan Acara dan juga program Diploma Urusan Pelancongan daripada Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti ( JPH ) telah mewakili membawa nama Politeknik Ibrahim Sultan dalam satu Pertandingan Festival Kebudayaan & Seni Warisan Ke-9 Dan Semarak Merdeka Nasional (SEWARNA) 2019 yang disambut di Politeknik Muadzam Shah, Pahang baru-baru ini.

Untuk makluman, saudari Nur Qurratu Nabillah, Steffenney Kujee dan Saudara Aiman Haziq dan Muhammad Lutfi telah memasuki pertandingan ini yang dipantau sepenuhnya bersama penasihat kelab, Encik Johaini bin Ibrahim untuk membantu dalam proses persiapan menyumbangkan idea dan mencadangkan set-set prop yang perlu digunakan.

Jalan cerita yang diketengahkan dalam pementasan monodrama ini adalah berkisahkan tentang seorang remaja yang terjerumus di dalam penjara kerana terikut akan kata rakannya untuk melakukan pekerjaan yang hina dan keji. Konsep cerita ini, dapat menambat hati orang ramai kerana mesejnya yang dapat memberikan impak positif. Nur Qurratu Nabillah, selaku penulis skrip asal cerita ini, telah mampu dan meraih orang ramai di dalam dewan auditorium menangis pada ketika itu kerana jalan cerita dan dialog watak tersebut. Monodrama ini buat julung kalinya dibawa dan diadakan pada Festival SEWARNA kali ini.

Sebanyak 23 pasukan politeknik di seluruh Politeknik Malaysia yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Alhamdulillah pasukan MONODRAMA Politeknik Ibrahim Sultan ( PIS ) telah mendapat TEMPAT KE-3 dan juga Anugerah Khas Juri dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan.

 

16sept19 monodrama 1