jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Dua produk ciptaan pelajar pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah berjaya mendapat 2 Pingat Emas Kategori Remaja (Youth Category) bagi kategory Aviation & Transportation sempena Malaysian Technolgy Expo 2020 (MTE) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari yang lalu.

Sekalung tahniah kepada pereka pereka muda kita. Ucapkan terima kasih juga kepada barisan pensyarah yang sentiasa memberikan tunjuk ajar serta membimbing pereka muda ini.

 

mte02  mte03

 

mte04

Sesi 1 Coffee & Tea @ Library telah berlangsung pada 23 Februari 2020. Program ini dikendalikan oleh Tn Hj Rafiuddin Bin Rohani sebagai fasilitator.

Semoga usaha mencungkil bakat penulisan di kalangan pelajar PIS akan dapat dicapai melalui usaha ini

 

 

cofee talk    cofee talk1

 

cofee talk2

Tahniah....


Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan mengucapkan syabas dan tahniah kepada saudara Muhammad Izwan (mantan YDP MPP PIS) kerana meraih Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Ketua Pengarah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Politeknik Kolej Komuniti 2019 (POLYCCSA 2019) yg berlangsung malam.

Anugerah kecemerlangan tersebut disampaikan sendiri oleh YBhg. Ketua Pengarah JPPKK Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub.

Turut hadir bagi meraikan kejayaan Muhammad Izwan ialah Puan Pengarah PIS Hjh Rashidah Mustapa, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS,En. Abu Bakar Abd. Hamid serta berapa orang pegawai dan rakan pelajar dari PIS.

Semoga saudara Muhammad Izwan terus cemerlang dengsn bakat kepimpinan yang beliau miliki.

Seluruh warga PIS amat berbangga dengan kejayaan anda ...

 

polyccsa00

polyccsa01

polyccsa04

polyccsa03

 

 

Tahniah kepada Devesh Pathmanathan.
Pelajar semester satu Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Beliau telah berjaya tempat ketiga acara karate sempena Sukan Perak yang berlangsung pada 29 September 2019.

 

karate01

karate02

Pembangunan sudut bacaan selain dari perpustakaan diilhamkan oleh pustakawan PIS, Rowland Arah dan dibangunkan di kafeteria asrama.
Sudut berkeluasan sekitar 20 kaki persegi itu menempatkan buku buku bacaan ringan dan santai dan ini bertujuan menarik minat mahasiswa untuk membaca.

Pada majlis perasmian sudut yang dikenali sebagai #ReadEatRilex yang disempurnakan oleh Pengarah PIS, Hajah Rashidah Mustapa berkata menjadi satu kebanggaan kepada PIS dalam menyahut seruan kesedaran tentang kepentingan membaca.

"Sudut pembacaan ini juga sebagai satu wadah kepada sambutan Dekad Membaca Kebangsaan yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

"Saya amat berharap agar warga PIS menjadi agen penyumbang kepada kejayaan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara membaca menjelang 2030.

 

read03

read01

 

 

read00