Program AiBOT Challenge 2020 Secara Atas Talian pada ketetapan berikut:
Tarikh: 1-3 November 2020 (AHAD-SELASA)
Masa: 8.00 – 5.00 Petang
Tempat: Secara Langsung Melalui Webinar Webex, Sosial Media Fira Politeknik Malaysia
Program AiBOT Challenge 2020 Secara Atas Talian pada ketetapan berikut:
Tarikh: 1-3 November 2020 (AHAD-SELASA)
Masa: 8.00 – 5.00 Petang
Tempat: Secara Langsung Melalui Webinar Webex, Sosial Media Fira Politeknik Malaysia
Pensijilan Six Sigma Green Belt di bawah Program PENJANA sedang dijalankan di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) PIS.
Program ini berlangsung selama 10 hari bermula dari 29 Oktober hingga 7 November 2020.
Seramai 40 orang peaerta (31 orang lelaki & 9 orang perempuan) ALUMNI PIS akan mendapat pensijilan ini dan seterusnya akan berpeluang ditawarkan pekerjaan.
Semoga program ini Memberi manfaat dan ilmu kepada peserta serta program ini berjalan lancar dan Beroleh keselamatan sepanjang ianya berlangsung.
PIS memenangi naib johan dan tempat ke-4 dalam pertandingan Sayembara Pena Siswa Politeknik Malaysia tahun 2020 bagi kategori Rencana. Sayembara anjuran BAPP, JPPKK & Politeknik Muadzam Shah ini disertai seramai 114 peserta dari 21 Politeknik seluruh Malaysia. PIS telah menghantar enam orang peserta yang terdiri dari ahli kelab Orator PIS. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen, berita dan rencana. Peserta telah mengikuti bengkel dalam talian selama lima hari berturut-turut. Hadiah sayembara ditaja sepenuhnya oleh Makmur Gold.
Pemenang naib Johan kategori rencana, Wan Nur Ilya Insyirah binti Wan Zakaria (DTP1B) telah memenangi wang RM200 bersama emas seberat 0.5 gram.
Manakala pemenang tempat ke-4 kategori rencana, Muhammad Fakhrurrazi bin Yahaya (DEM1A) mendapat wang tunai berjumlah RM100. Kesemua karya pemenang (18 karya) akan diterbitkan menjadi buku. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang dari PIS.
"Orator, Anywhere We Go, We Go Together"
22 Oktober 2020
Politeknik Ibrahim Sultan
Majlis perhimpunan bulanan bulan oktober Politeknik Ibrahim Sultan. Perhimpunan kali ini di hos oleh Jabatan Matematik Sains dan Komputer dan berlangsung di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil. Majlis dihadiri oleh barisan pengurusan PIS dan juga warga secara fizikal dan sebahagian lagi mengikutinya secara atas talian.
Perhimpunan kali ini bersekali dengan sambutan Hari Akademia dan Sambutan Ulangtahun ke 10 Politeknik Premier peringkat Politeknik Ibrahim Sultan.
Dalam ucapan perasmian, Pengarah PIS, Hajah Rashidah Mustapa mengungkap penghargaan dan ucapan terima kasih kepada golongan pendidik, pensyarah dan juga penyelidik dan berharap agar golongan ini terus komited dalam menyampaikan dan menginspirasikan pelajar dalam membentuk bangsa yang gemilang.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada tokoh Akademia 2020 peringkat Politeknik Ibrahim Sultan.
Seramai 6 pensyarah/pendidik/penyelidik telah dipilih mewakili Jabatan Akademik masing masing.
Ucapan tahniah kepada
1. Dr. NOOR AINNISAFIENA BINTI ZAINAL (JKE)
2. PN. IRINAH BINTI ABDULLAH (JKM)
3. PN. AZILA BINTI ABDUL WAHID (JPH)
4. PN. NOR ROFIZAH BINTI JOHARI (JRKV)
5. PN. NOOR AZEELIA BINTI ABDUL MANAN (JPA)
6. PN. NAKSA BINTI AHMAD (JMSK).
Tahniah Jabatan Pengajian Am, PIS di atas penganjuran Program Aspirasi Kesenian Islam 3.0 pada 21 Oktober 2020.
Merupakan sebuah program penghasilan video kreatif dan dijalankan secara atas talian dalam norma baharu
Tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |