jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Tahniah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) atas pencapaian cemerlang penerimaan Anugerah PolyCC Cemerlang dan Anugerah Kebolehpasaran Graduan Terbaik di Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang berlangsung di Politeknik Ungku Omar, Perak.
Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah PIS telah menerima anugerah ini yang disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, KPPPKK.
 

Penyertaan Atlet PKAT Kayak Politeknik mewakili Johor Canoe Association di Kejohanan “2023 Singapore Canoe Marathon” di Sport Hub Water Sport Center Marina Reservoir Singapura anjuran Singapore Canoe Federation diiktiraf International Canoe Federation. Seramai 4 Orang Atlet Wanita Dan 3 Orang Atlet Lelaki Pis Telah Menyertai Acara Sukan Ini. Tahniah
 

Satu sesi perbincangan dalam mendepani cabaran institusi dan memastikan halatuju ambilan serta pembangunan pelajar bersama YBrs. Puan Noranyza binti Mohamad Yusoff, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah diadakan pada 31 Januari 2023.
Turut hadir sama dalam sesi perbincangan adalah YBrs. Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Ts. Haji Hamdan bin Samdin, TPA PIS, Encik Noor Azmi bin Haji Asmawi, TPSA PIS, Encik Amalulkhair bin Sarbini, Timbalan Pengarah Unit Ambilan Pelajar, BAPP, Puan Nastasa binti Abdul Samat, Timb. Pengrah Unit Pembangunan Pelajar, BAPP, barisan Ketua Jabatan Akademik PIS serta barisan Ketua Program Jabatan Akademik PIS.
Semoga melalui perbincangan ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dalam membina insaniah dan kebolehpasaran pelajar PIS.