jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan Kunjung Kasih menziarahi Cik Norashikin binti Awang Kechik, Pegawai Psikologi PIS yang diuji dengan masalah kesihatan.

Penyampaian kutipan sumbangan juga telah disempurnakan oleh Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.

Terima kasih diucapkan kepada semua tuan/puan yang telah menyalurkan sumbangan dan menitipkan doa buat kesembuhan sahabat kita. Didoakan juga agar Cik Norashikin sembuh seperti sediakala, dikurniakan kesihatan yang terbaik serta dipermudahkan setiap urusan & rawatan susulan beliau. InshaAllah, Aamiin

 

ikin2

ikin1

Satu Lawatan Akademik Anjuran Jabatan Pengajian Am bagi Kursus MPU23082 SENI DALAM ISLAM ke Kompleks Warisan Yayasan Negeri Johor telah diadakan pada 06.03.2023.
Tujuan lawatan adalah untuk memberi pengukuhan kepada para pelajar berkaitan apa yang telah dipelajari di dalam kelas dan mengaitkan dengan realistik di dunia luar yang sebenar.
Oleh yang demikian, lawatan akademik ini merupakan inisiatif untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang dapat memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi kepakaran, pengetahuan, pemindahan idea-idea baharu dan pengalaman pembelajaran. Semoga lawatan akademik ini dapat membantu ke arah merealisasikan misi dan visi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) menjadi institusi TVET Perdana di masa akan datang.

Program Usahawan Muda 2023 Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Politeknik Ibrahim Sultan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
YBrs. Encik Kamaludin Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti turut hadir menyampaikan ucapan aluan pada majlis ini.

Kunjungan Hormat Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Ibrahim Sultan
16/02/2023 (Khamis) - JSKK PIS telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Kunjungan ini bertujuan menjalinkan kerjasama dua hala antara JSKK PIS dan JBSN Johor di samping mendapat pendedahan yang meluas mengenai program-program belia dan sukan yang akan berlangsung terutamanya mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Deligasi JSKK PIS terdiri daripada 3 orang staf iaitu En Mohamed Rafi bin M S Solaiman (Ketua Jabatan JSKK), Pn. Siti Norbaiah binti Harun (Pegawai Belia dan Sukan PIS) serta Pn. Alyyati binti Mohd Talib (Ketua Kursus Kokurikulum). Pertemuan yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu telah dipengerusikan oleh En Mohamad Mazlan bin Anis (Timbalan Pengarah Belia JBSN Johor) dan turut disertai oleh pegawai-pegawai dari JBSN Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru.
Semoga kerjasama ini terus terjalin dan dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.