jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

KREATIVITI PIS BERSAMA YAYASAN TUNKU NUR ZAHIRAH DAN DATUK RADZUAN RADZIWIL DI PAVILLION KL

Pasukan PIS telah melaksanakan kolaborasi bersama Yayasan Tunku Nur Zahirah dan Datuk Radzuan Radziwil di Pavillion Kuala Lumpur. Melalui kolaborasi strategik ini telah dilaksanakan satu Pameran Patung Mini Projek Ramadhan 2024. Pameran ini telah mengetengahkan idea-idea kreatif potongan busana tradisional dan moden pada peragaan patung mini. Kreativiti ini hasil kerajinan tangan dari pasukan Program Rekabentuk Fesyen (DRF) di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh Ts. Farhairuddin bin Anuar, Pensyarah Program DRF, Puan Nafsiah binti Sairi, Ketua Program DRF, Pn. Rasyidah binti Sulong dan Puan Khalida binti Khairudin, Pensyarah Program DRF dan pensyarah yang lain serta para pelajar dari program DFP2A dan DFP4A. Penglibatan Pensyarah dan pelajar ini merupakan sebahagian daripada aktiviti luar bilik kuliah pada pengajian sesi II : 2023/2024 di PIS.
Semoga melalui kolaborasi strategik seperti ini daripada Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan Datuk Radzuan Radziwill akan memberi suntikan pengetahuan kepada pelajar dan pensyarah serta memberi impak positif dan pendedahan kepada masyarakat mengenai busana tradisional dan moden masyarakat di Malaysia.


#jrkvpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteamsmoredreams

YAYASAN1

YAYASAN2

YAYASAN3