jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

RAMADAN BLESSING 4.0

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama para pelajar Event Fundraising DEV4 dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan menganjurkan program Ramadan Blessing 4.0.
Program ini akan berlangsung pada:
Tarikh : 17 Mac hingga 21 Mac 2024
Tempat: Galeri JPH, PIS
Masa: 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang


Di dalam program ini akan dijalankan aktiviti jualan pelbagai barangan hasil sumbangan kakitangan Politeknik Ibrahim Sultan dan orang awam di sekitar Kawasan Pasir Gudang. Program ini berkonsepkan ‘Kongsi Rezeki’, di mana semua hasil dari jualan amal ini akan disumbangkan kepada asnaf terpilih di sekitar kawasan Pasir Gudang bertujuan untuk membantu menceriakan lagi persiapan sambutan Syawal yang bakal tiba.
Diharapkan dengan program ini akan dapat menggalakkan para pelajar, staf dan pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan seluruh staf Politeknik Ibrahim Sultan menerapkan nilai-nilai positif dalam ‘memberi’ dan mempunyai rasa tanggungjwab terhadap masyarakat.


#jphpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

jph