jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

International Creative Kite Forum “The Kite Culture: A Distinct Art Form “(Memartabatkan Kesenian Budaya Layang-Layang)

International Creative Kite Forum “The Kite Culture: A Distinct Art Form “(Memartabatkan Kesenian Budaya Layang-Layang) bersempena dengan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-26 telah diadakan bagi tujuan untuk memberi pendedahan terhadap mahasiswa IPTA khususnya pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti, Universiti dan Komuniti Setempat bagi memartabatkan kesenian budaya layang-layang di persada antarabangsa.
Objektif utama dalam forum ini untuk menjadikan mahasiswa dan komuniti setempat peka terhadap kesenian layang-layang bagi memartabatkan layang-layang sebagai alat permainan budaya yang tidak pernah lekang dek zaman.
Forum ini telah memberi pendedahan khusus terhadap rekabentuk kesenian layang-layang, fungsi dan nilai estetika sebuah layang-layang bersama oleh tiga panel pelopor pelayang antarabangsa iaitu dari Mr. Salehuddin bin Marwan (Malaysia), Mr. Kadek Dwi Armika (Indonesia) dan Mr. Mario De Lucca (Argentina). Moderator forum telah adalah Ts. Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar dan Encik Iz’an bin Rosmani.
YB Dato’ Haji. A. Rahim Hj. Nin, YDP Persatuan Pelayang Johor merangkap Presiden Majlis Pelayang Malaysia telah merasmikan International Creative Kite Forum “The Kite Culture: A Distinct Art Form. Turut hadir YM Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS mewakili Pengarah PIS dan Encik Abdul Razak bin Salim, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang.


#politeknikibrahimsultan
#oneteammoredreams

428703928 792754409551197 3899146812508172334 n

428708829 792754642884507 1742434658666486260 n

428711743 792754512884520 5352010146341201206 n

428711902 792754536217851 9182614986604412821 n