Satu mesyuarat antara Politeknik Ibrahim Sultan, Malaysia dan Politeknik Negeri Padang, Indonesia telah diadakan secara dalam talian. Program ini adalah dalam meneruskan hubungan kolaborasi sedia ada untuk terus dipertingkatkan melalui program dan aktiviti berimpak antarabangsa dan bersekala besar dalam akademik dan kokurikulum serta nilai tambah kepada kebolehpasaran pelajar.
Barisan pengurusan yang hadir pertemuan dalam talian dari Politeknik Ibrahim Sultan adalah YBrs Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS, YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS, YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Kecemerlangan PI, Dr. Saipol Hadi Bin Hasim, Ketua Unit Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersialan PIS dan daripada Politeknik Negeri Padang adalah Dr Surfa Yondri, Direktur PNP, Dr Revalin Herdianto, Timbalan Direktur Bidang Akademik PNP, Ihsan L Rimra, Timbalan Direktur Bidang Kerjasama PNP dan Dr Dony Marzuki, Tim International Collaboration PNP.
Semoga perbincangan ini walaupun secara dalam talian ianya mampu memberi kata sepakat dan kerjasama yang cemerlang dan hubungan bertambah erat antara institusi.
#politeknikibrahimsultan
#PenerjuIlmuSejagat
#oneteammoredream