TARIKH: 05 OKTOBER 2023
TEMPAT: SUNGAI DAN KEPULAUAN MERSING
ANJURAN: TOURISM MALAYSIA DAN MESMERISING MERSING
Program sehari ini merupakan program sukarelawan yang memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara semula jadi dengan menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya di lokasi-lokasi pelancongan serta memupuk kesedaran memulihara khazanah negara sejajar dengan salah satu matlamat Sustainable Development Goals (SDG) yang digariskan oleh United Nation.
Program ini merupakan inisiatif
Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Selatan dalam usaha memperkenalkan Sungai Mersing sebagai produk baharu dengan memfokuskan aktiviti eksplorasi alam semula jadi dan menyelusuri sungai.
Langkah awal dimulakan dengan penglibatan para pelajar Institut Pengajian Tinggi (Awam/Swasta) yang bertindak sebagai duta kecil dalam menyokong usaha Tourism Malaysia mempromosikan destinasi pelancongan berkaitan marin, eko dan edu pelancongan.
Politeknik Ibrahim Sultan telah diberikan peluang untuk bersama-sama sebagai sebahagian pelaksana program ini sebagai sukarelawan.
21 pelajar dari pelbagai Kursus Kokurikukum Sesi 1 2023/2024 serta lima orang pensyarah pengiring telah menyertai program sehari yang bermakna ini. Penyertaan ini telah diselaraskan penyertaannya dari Unit Kokurikukum, Jab. Sukan & Kebudayaan di peringkat Politeknik Ibrahim Sultan.
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams