Program Inspirasi OKU 2023 telah diadakan dengan jayanya. Program ini dibawah anjuran kerjasama Jabatan JPH dan JRKV PIS serta BAPP bertujuan menonjolkan penglibatan akademik dan bakat kemahiran para pelajar OKU masalah pendengaran dan pertuturan di PIS dan ALUMNI yang telah berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Muhini binti Abdullah, Guru Besar, SK Taman Cahaya Masai merangkap Pengerusi Jawatakuasa Permuafakatan Pembelajaran Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang dan disantuni oleh YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Kecemerlangan PIS, YBrs. Hjh Humairah binti Hamzah, Ketua Jabatan JPH dan Puan Halimah Tusa’diah pengarah program Inspirasi OKU 2023. Turut sama hadir dalam majlis ini barisan Pengurusan PIS, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit PIS serta para guru dan pelajar sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas sekitar PIS dan para pelajar OKU PIS serta warga staf PIS.
Program ini telah diisi dengan Forum: Alumni TVET Cemerlang, Politeknik Gemilang, demonstrasi batik canting, demonstrasi hiasan kek cawan, demontrasi Barista, demonstrasi membuat Pastry, demonstrasi membuat papan tanda neon, jualan produk pelajar OKU, Pameran hasil kerja pelajar OKU dan jualan Food Truck.
Semoga dengan pelaksanaan program ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kekurangan bukan menjadi halangan untuk kita Berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya demi masa hadapan yang lebih baik.
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams