jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PROGRAM BAUCAR MAKANAN DAN DERMASISWA PERINGKAT DIPLOMA SIRIM QAS INTERNATIONAL 2023

Satu program pemberian baucar makanan dan dermasiswa dibawah kelolaan pihak SIRIM QAS telah diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan. Kehadiran pihak SIRIM QAS yang diketuai YBrs. Puan Rosniza Bt Abd Wab, Ketua Seksyen Pemasaran dan Komunikasi, telah disantuni oleh YBrs Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS. Hadir sama dalam program ini bagi mengiringi pihak SIRIM QMS adalah Encik Mohamad bin Mading, Ketua Seksyen Kewangan, Puan Nadia Bt Sulaiman, Pegawai Kanan Pemasaran dan Komunikasi Puan Sunita Binti Busu- pegawai pemasaran Sirim Johor. Turut hadir daripada pihak KPT dan PIS adalah Mohammad Amirul Shafiq Bin Mohd Aznan, Pegawai Bahagian Biasiswa, YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS dan En. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS.
Melalui program ini telah diadakan satu majlis penyampaian ‘mock check’ sumbangan PROGRAM BAUCAR MAKANAN SIRIM MQS berjumlah RM30,000.00 kepada 200 orang pelajar daripada golongan B40. Manakala sejumlah RM66,000.00 disumbangkan bagi Program DERMASISWA SIRIM QAS kepada 6 orang pelajar terpilih selama 3 semester mendatang. Melalui program dermasiswa ini telah diadakan satu sesi temubual bersama 6 orang pelajar semester 4 dari golongan B40 yang memiliki nilai HPNM 3.25 dan ke atas bagi tujuan pemilihan sebagai penerima PROGRAM DERMASISWA PERINGKAT DIPLOMA SIRIM QAS INTERNATIONAL ini.
Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat pihak SIRIM QAS yang telah menlaksanakan Program Baucar makanan dan Dermasiswa di Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga manfaat ini menjadi pendorong kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik dan kurikulum di institusi ini.


#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

 

DERMASISWA 2

DERMASISWA 3

DERMASISWA 4

DERMASISWA 5