jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

AMAZING KAMPUNG RACE & MISS SOPHIA GO KENDURI

Unit Kokurikukum, Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) telah diamanahkan untuk menyelaras program anjuran Tourism Wilayah Selatan iaitu Amazing Kg. Race & Miss Sophia Go Kenduri pada 23 September 2023 di Kg. Pt. Puteri Menangis, Pontian Johor.
Seramai 5 orang pensyarah merangkap pegawai pengiring dan 36 orang pelajar dari pelbagai jabatan telah menyertai aktiviti pertandingan seperti sukan rakyat, pertandingan memancing ikan keli, aktiviti CSR iaitu rewang dan kenduri bersama orang kampung pada malam harinya. Sepanjang program, peserta dari PIS telah diberikan kemudahan makan dan minum, kemudahan pergerakan dengan menggunakan kenderaan bas dan untuk 'Refreshment' di rumah homestay Permatang Bestari di kg Pt. Puteri Menangis yang sangat selesa.
Program ini dijangka dapat mempromosikan aktiviti dan produk pelancongan domestik negara (pakej homestay) yang diyakini memberi impak dalam memperkasa ekonomi setempat.
Semoga program seperti ini dapat memberi pengalaman yang bermakna kepada peserta dari PIS.

#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteammoredreams

380800854 699734205519885 4671362071405179612 n

380800652 699734412186531 5085572279373636174 n

383013038 699734445519861 3467564055773910567 n

383079341 699734302186542 5688385080647095214 n

380806631 699734155519890 2421724834973956296 n

 

380803618 699734135519892 1754850889525876509 n