jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

KEPIMPINAN SEORANG PEMIMPIN

Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mampu melahirkan pemimpin baru dalam organisasinya.
Oleh itu, melalui penyelarasan Unit Kokurikukum dari Jab. Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dengan kerjasama Sekretariat Pengakap Kelana Daerah PIS telah berjaya melaksanakan 2 kursus untuk unit beruniform pada 17 hingga 18 September 2023 di Nurjannah Camp & Eco-Resort
KURSUS PEMIMPIN UNIT UNIFORM PIS
Seramai 23 orang pelajar dari kalangan pemimpin pelajar unit uniform PIS iaitu Askar Wataniah, PLAS TLDM, PISPA, RELASIS, Pengakap Kelana dan Pandu Puteri telah menamatkan kursus dengan jayanya.
KURSUS KOMPETENSI REKREASI UNIT UNIFORM
Seramai 15 orang pensyarah kursus Unit Uniform PIS juga berjaya melaksanakan latihan secara praktikal bagi memenuhi keperluan kompeten sebagai seorang pensyarah kokurikulum unit uniform.
Semoga ilmu yang bermakna ini dapat diteruskan kepada bakal-bakal pemimpin pelajar PIS pada masa akan datang.