jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program Perkongsian ilmu bersama SUNWAY Hotel Big Box

Program ‘Perkongsian ilmu bersama SUNWAY Hotel Big Box, Iskandar Puteri, Johor’ bertempat di Dewan Kuliah Utama, melibatkan pelajar semester 1 dan semester 4 program Diploma Pengurusan Hotel. Panel jemputan Puan Haniza binti Rahmat @ A. Rahman, merupakan Pengurus Kanan Sumber Manusia, SUNWAY Hotel Big Box.
Objektif utama pelaksanaan program ini ialah:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang hospitaliti terutamanya industri hotel mengenai halatuju industri hopitaliti di Malaysia kini;
2. Memahami kepentingan atau fungsi industri Hospitaliti dalam Malaysia;
3. Memahami isu dan cabaran kerjaya dalam industri perhotelan
Semoga perkongsian bersama pihak Sunway Hotel ini dapat memberi gambaran yang jelas berkenaan situasi sebenar pelajar berada di industri kelak dan memberi gambaran yang positif kepada pelajar dalam menjadikan bidang hospitaliti sebagai bidang kerjaya mereka.