jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Majlis Graduasi Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra Peneraju Skil Professional

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada barisan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang telah menamatkan latihan bagi Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra Peneraju Skil Professional CSWIP 6GC Welder 2023. Majlis ini telah diadakan di TWI Technology (S.E.A) Sdn. Bhd. Majlis ini melibatkan 15 orang graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PIS.
Majlis  dihadiri oleh YBrs. Ts. Zainab Binti Othman, Pengarah Kanan Kompetensi, JPPKK, dan YBrs. Hj. Ulaimi Bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, YBrs. Ts. Mornizawati Binti Abdullah - Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti dan En. Khairul Anuar Bin Yaakub, Timbalan Pengurus, TWI. Turut hadir majlis ini adalah Saudari Nazira Binti Nasip, graduan Politeknik Kota Kinabalu, TWI dan Talented Lady Welder, Malaysia Marine & Heavy Engineering, En. Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusof dan En, Muhammad bin Mustapha, Pensyarah  JKM, PIS.
Program ini telah diselaraskan oleh En Mohd Norazizul Fadli bin Abu Bakar Pensyarah, JKM, PIS. Semoga program ini memberi manfaat dan impak besar kepada pelajar serta kejayaan mereka menjadi contoh kepada pelajar yang lain dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang diceburi.


#jkmpis
#politeknikibrahimsultan
#PenerajuIlmuSejagat
#oneteamonedream

376648074 690185876474718 8106719444582146190 n

376757059 690185839808055 114622760249583526 n

376823544 690185903141382 4356679358193507731 n