jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN MERANGKUL TEMPAT KE-5 KESELURUHAN DI KEJOHANAN 16th FIRA MALAYSIA CUP 2023

PIS Gigatron mengekalkan kecemerlangan setelah dinobatkan sebagai tempat ke-5 terbaik keseluruhan di Kejohanan 16th FIRA Malaysia Cup 2023 yang telah berlangsung selama 5 hari bermula daripada hari isnin 8 Mei sehingga Jumaat 12 Mei 2023 di Politeknik Seberang Perai (PSP) Pulau Pinang.
Jumlah kutipan pingat bagi pasukan PIS Gigatron adalah sebanyak 2 Emas, 2 Perak dan 2 gangsa serta mendapat pengiktirafan Aibot Master dan juga Simurosot Master. Pingat Emas yang diperolehi adalah daripda acara Aibot - Voice Challenge dan Simurosot - Autonomous Drone Simulation Challenge. Manakala pingat perak di sumbang oleh acara Drone - FPV Drone Race dan Hurocup - Sprint. Pingat gangsa pula di sumbang oleh acara Mybot - Autonomous Racing Car dan Robosot - Race Challenge.
Sebanyak 23 Institusi dan seramai 352 peserta yang terlibat di dalam kejohanan pada tahun ini. Kontinjen Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh En Mohamad Zaidi bin Ahmad selaku Ketua Kontinjen PIS Gigatron telah diangotai oleh 29 pelajar dan diiringi 12 orang pensyarah yang terdiri daripada pengurus dan Jurulatih dari kalangan Pensyarah JKE dan JKM.
Majlis Perasmian dan Penutupan Kejohanan FIRA MALAYSIA CUP kali ke-16 ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal FIRA Chapter dan dihadiri oleh wakil Pengarah PIS iaitu Ts Haji Hamdan bin Samdin yang hadir sehari awal bagi melihat persediaan pasukan serta memberi sokongan kepada para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar, semua Pengurus dan Jurulatih, KJKE dan KJKM, Alumni PIS, Pihak Sekretariat Robotik PIS serta pihak Pengurusan Tertinggi PIS yang telah bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan ini dari awal persediaan sehingga ke akhir Kejohanan.
TAHNIAH PIS!!!