jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Kem Kepimpinan Pengguna Rahmah Peringkat Negeri Johor

Pada 4 hingga 6 Mei 2023 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di Savannah Hill Resort telah diadakan Kem Kepimpinan Pengguna Rahmah Peringkat Negeri Johor yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor dengan kerjasama Pertubuhan Wadah Siswazah Islah Malaysia-WASILAH. Program ini telah melibatkan seramai 80 orang Mahasiswa IPT Dan Belia Negeri Johor.
Politeknik Ibrahim Sultan telah menyambut baik pelaksanaan kem tersebut dengan memberi kerjasama sepenuhnya dengan menghantar penyertaan seramai 8 orang pelajar. Diharapkan dengan penglibatan pelajar Politeknik Ibrahim dalam kem ini dapat menggilap potensi pelajar dalam rangkaian kerjasama yang besar antara semua institusi yang terlibat, komited dan proaktif dalam meningkatkan kesedaran penyebaran ilmu pengetahuan berkaitan dengan KEPENGGUNAAN.
Semoga semua pelajar ini lebih memahami konsep RAHMAH dan sayangi negara kita Malaysia Madani. Syabas kepada 8 orang pelajar ini Fahim Haiqal bin Abd Rahim, Danial Hakim Chan bin Chan Yoke Lung, Nur Syamimi binti Mohd Fairuz, Suwardi bin Rasyid, Amirul Aiman bin Harulnizam, Damien Viknesh Vikneshwaran A/L Edwin, Devan a/l Pannerselvam dan Rabiatul Nuha binti Bahrin yang telah diselaraskan penyertaannya oleh Pn. Alyyati binti Mohd Talib sebagai Ketua Kursus Kokurikulum, Politeknik Ibrahim Sultan.