logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Lawatan Kolaborasi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) - Tuuu Dia Pak Tam

14 Februari 2022 - Lawatan Kolaborasi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bersama Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah PIS, Unit CISEC, Unit CDEC, Unit Keusahawanan dan Unit Alumni PIS ke CPU Tuuu Dia Pak Tam di Bandar Baru Selayang.
Kunjungan PIS telah disambut oleh Encik Muhammad Shazwan Haji Ruslin, Ketua Pegawai Eksekutif Sirah Heritage Holding Sdn Bhd dan telah berkongsi operasi produk, syarikat dan perniagaan.

Memang mantap teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk iaitu penggunaan sistem khas dalam pengurusan pengoperasian syarikat termasuklah pengurusan stok, tempahan, bahan mentah dan jadual kerja. Memang superb!
Satu lagi amalan pengurusan sumber manusia yang mereka yang amalkan iaitu konsep Islamic Kitchen. Tahniah syarikat Tuuu… Dia Pak Tam!! Uols yg lalu PLUS Highway boleh singgah outlet di RNR Tapah hala Utara dan selatan dan RNR Ulu Bernam hala Utara. Memang terbaik!!

Terima kasih atas layanan kepada kami team PIS dan banyak perkongsian ilmu yang telah diperolehi. InsyaAllah kita akan berkolaborasi untuk beberapa aktiviti dan program PIS bersama Tuuu Dia Pak Tam.
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

colab01

colab02

colab03

colab04

colab05

colab07

colab06

colab08