jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program Pementoran Politeknik Ibrahim Sultan Tahun 2022

23 Februari 2022 - Program Pementoran Politeknik Ibrahim Sultan Tahun 2022 telah dilancarkan oleh Ts. Noor Aidi bt Nadzri, Pengarah PIS. Program ini merupakan kali kedua diadakan anjuran Unit Pengurusan Psikologi dan Unit Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.

Program Pementoran ini merujuk kepada aktiviti perhubungan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor kepada mentee dan pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (Pengurusan Psikologi) Versi 1.0 (2022). Pada tahun ini, seramai 21 orang pegawai Politeknik Ibrahim Sultan akan menyertai Program Pementoran ini. Ianya terdiri daripada 10 orang Mentor dan 11 orang Mentee yang mana Mentee adalah terdiri daripada pegawai lantikan baharu. Semua Mentor dan Mentee yang terpilih ini adalah para Pegawai daripada Jabatan dan Unit di Politeknik Ibrahim Sultan. 4 orang pegawai daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, 11 orang daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, 2 orang daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan 4 orang daripada Unit Khidmat Pengurusan. Program ini dijadualkan berlangsung selama 6 bulan bermula pada bulan Mac dan inshaAllah dijangkakan akan tamat pada Bulan Ogos nanti.

#polteknikibrahimsultan
#oneteamonedream

 

mentor01

mentor04

mentor02

mentor03