Politeknik Ibrahim Sultan
03 09 2020
Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil
Berlangsung Majlis Perhimpunan Politeknik Ibrahim Sultan secara bersemuka dan juga atas talian. Majlis perhimpunan disempurnakan oleh Hajah Rashidah Mustapa, pengarah Politeknik Ibrahim Sultan. Ketika berucap beliau telah menegaskan kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 Yang melanda dunia sekarang ini. Antara ucapan lain ialah berkenaan dengan pemerkasaan pembelajaran atas talian serta pematuhan silibus dan rubrik yang telah ditetapkan dalam melahirkan graduan yang holistik. Selain itu juga beliau mengingatkan kepada semua perkara perkara yang berkaitan integriti yang melibatkan etikan penjawat awam serta tatacara kewangan yang betul.
Pada Majlis tersebut juga berlangsung penyampaian Anugerah pekerja contoh bulan, pemenang pertandingan audit EKSA serta penyerahan Sijil Penghargaan penglibatan PPE bersama agensi bukan kerajaan lain.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah, penerima Sijil dan juga pemenang.