logo5lmn rasmi2020 sirim v2

OPS Penghantaran Pulang Pelajar IPT


18 MEI 2020

Sekitar aktiviti pendaftaran dan saringan kesihatan pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan yang akan diterbangkan pulang ke bumi kenyalang.

Seramai 12 orang pelajar akan diterbangkan ke Miri Sarawak manakala seramai 22 orang pelajar akan terbang ke Sibu Sarawak.

Setiap pelajar pelajar ini disaring tahap kesihatan mereka sebelum dihantar berkumpul di pusat pelepasan Zon Selatan yang bertempat di UTM Skudai dan seterusnya akan dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Para pelajar ini dijadualkan akan diterbangkan ke destinasi masing masing (Sibu dan Miri) sekitar jam sembilan pagi esok. Terpancar riak kegembiraan diwajah anak anak ini apabila mendapat perkhabaran akan pulang hari ini.

Semoga segala urusan serta perjalanan pulang kepangkuan keluarga tercinta dipermudahkan

 

peljr 5

peljr 1

peljr 2

peljr 4