jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Program ini diwujudkan meliputi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen, termasuk rekabentuk, ilustrasi, lakaran pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan. Kursus rekabentuk dijalankan di studio dan kursus pembuatan pakaian dijalankan dalam bengkel. Program ini memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin, penggunaan teknik, pemilihan bahan-bahan, warna dan tekstur. Selain itu, penyelidikan, pemerhatian dan eksperimen amat diutamakan untuk menghasilkan produk. Melalui projek akhir, pelajar akan dinilai berdasarkan bakat dan kebolehan yang dimiliki serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang program. Pelajar juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mencipta gaya tersendiri dalam rekaan melalui penyampaian koleksi akhir mereka.

Program ini mengambil masa enam semester untuk diselesaikan ; lima semester akademik dan Latihan Industri pada semester akhir di syarikat-syarikat yang bersesuaian. Pada semester lima, pelajar-pelajar dikehendaki melengkapkan projek akhir yang juga akan mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian mereka. Koleksi akhir pelajar akan dipamerkan secara professional melalui pertunjukan fesyen atau pameran pada akhir program. Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini ialah Art History, Fundamentals of Drawing, Fundamentals of Art & Design, Introduction to Pattern & Garment Construction, Fundamental of Fashion Design, Pattern Drafting & Garment Construction, Fashion Illustration, History of Clothing, Textile Studies, Fashion Design, Pattern Development & Garment Construction, Garment Production Organization, Digital Fashion Design, Textile Design, Fashion Design & Portfolio, Advance Pattern Development & Garment Construction, Embroidery and Visual Merchandising.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Rekabentuk Fesyen & Pakaian


Prospek Kerjaya

Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri fesyen. Pelajar perlu mempunyai bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri fesyen.

Government

  • Ministry of Education
  • Kraftangan Malaysia
  • Ministry of Arts, Tourism & Culture

 

Corporate

  • Entreprenuer
  • Fashion Designer
  • Assistant Fashion Designer
  • Junior Illustrator
  • Embroiderer
  • Visual Merchandiser
  • Assistant Pattern Maker
  • Design Room Assistant
  • Production Supervisor
  • Wardrobe Assistant
  • Assistant Retail Manager
  • Assistant Fashion Stylist
  • Assistant Event Coordinator
  • Costume Designer

 

Self-Employed

  • Fashion Design Consultant
  • Craft Design Consultant
  • Craft Design Services
  • Event Management Consultant
  • Free Lancer
  • Entreprenuership
  • Retail Entreprenuership

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Bidang pengajian Diploma Rekabentuk Grafik merangkumi bidang Asas Seni Lukis, Rekabentuk Komunikasi Visual, Teknologi serta Amalan Perniagaan. Program ini menawarkan kursus-kursus antaranya Art History, Fundamental of Art and Design dan Fundamental of Drawing. Manakala kursuskursus utama bidang grafik yang ditawarkan adalah seperti Introduction to Graphic Design, Digital Imaging, Typography, Advertising, Corporate Identity Design, Digital Illustration, Desktop Publishing, Web Design, Motion Graphic, Environmental Graphic, Photography serta Packaging Design. Selain itu program ini juga menawarkan kursus Communicative English, Entrepreneurship dan Occupational Safety and Health (OSHA).

Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industri iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedahan bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan laman web.

Tempoh Pengajian : 6 Semester

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Rekabentuk Grafik


Prospek Kerjaya

Graduan di dalam bidang ini adalah berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat pertengahan atau bekerja sebagai freelancers untuk tugas atau jawatan seperti:

Graphic Designer

  • Illustration
  • Advertising
  • Corporate Identity
  • Packaging
  • Desktop Publishing
  • Visual Merchandising
  • Photography

New Media Designer

  • Animation
  • Multimedia
  • Interactive

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Diploma Reka Bentuk Industri adalah aliran reka bentuk gabungan antara disiplin di mana para pelajar terlibat secara aktif dalam merancang dan mereka bentuk pelbagai produk yang menitikberatkan keterampilan estetika dan kecekapan fungsi. Program ini menumpukan kepada pembangunan reka bentuk, lakaran dan 3D modeling, teknik rendering, persembahan, faktor manusia, kemahiran komunikasi, estetika dan dokumentasi teknikal. Pelajar akan didedahkan kepada teori dan praktis dengan memberi penekanan kepada kemahiran reka bentuk seperti hubungan antara estetika dan bentuk serta fungsi, teknik penyelesaian masalah, mengintegrasikan reka bentuk dan teknologi, pembuatan, perniagaan dan pemasaran.

Reka bentuk industri tidak hanya diaplikasi dalam produk pengguna, ia juga turut diaplikasi dalam perabot, peralatan pejabat, peralatan perubatan, peralatan keselamatan, produk seni bina, hiasan ruang dalaman, pembungkusan, pengangkutan dan automotif, peralatan komunikasi elektronik, kelengkapan mandi dan pencahayaan, hardware, peralatan meja makan, interaksi serta reka bentuk antara muka. Pelajar bukan sahaja perlu menekankan penampilan produk tetapi juga mempertimbangkan syarat-syarat produk yang dijual. Di bawah piawaian reka bentuk yang lazim, produk yang dihasilkan perlu mempunyai elemen garisan, warna, kadar banding dan jalinan, kecekapan tinggi dan keselamatan operasi, kemudahan atau keselesaan yang digunakan, kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan, ketahanan dan fungsi dari segi bentuk. Kepentingan antara piawaian tersebut mungkin berbeza-beza bergantung pada produk. Pelajar program ini juga dikehendaki memproses kebolehan artistik, menggabungkan pengetahuan terhadap prinsip kejuruteraan dan bahan-bahan, teknik pengeluaran dan kos, serta kemahiran asas keusahawanan.

 

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Rekabentuk Industri


Prospek Kerjaya

Prospek pekerjaan meliputi:

Kerajaan:
•    Kementerian Pendidikan
•    Kementerian Kesenian,  Pelancongan dan Kebudayaan

Korporat:
•    Pembantu Pereka Perabot
•    Pembantu Pereka Produk
•    Pereka
•    Pembantu Pereka Hiasan Dalaman
•    3D Visualizer/Perancang Ruang
•    Konsultan Pereka Dalaman
•    Pembantu Pereka Acara
•    Artis Visual
•    Pereka Pameran
•    Pembantu Pengarah Seni
•    Pembantu Pengarah Rekaan
•    Pembantu Pengarah Kreatif
•    Artis Peragaan
•    Pembuat model
•    Juruteknik Prototaip Rapid

Bekerja sendiri:
•    Konsultan Rekaan Perabot
•    Konsultan Rekaan Produk
•    Perkhidmatan Rekaan Perabot / Produk
•    Konsultan Pengurusan Acara
•    Pereka bebas
•    Keusahawanan
•    Keusahawanan runcit


Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Seiring dengan perkembangan teknologi pesat dan keperluan yang sentiasa berubah dalam industri kreatif digital hari ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPP) telah bekerjasama dengan peneraju utama industri negara dalam membangun dan menyemak semula kurikulum Teknologi Kreatif Digital. Kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk memenuhi cabaran global dan keperluan industri kreatif. Langkah inisiatif ini, iaitu pembelajaran teradun dan Work-based Learning (WBL), adalah satu bentuk pedagogi yang menggabungkan pembelajaran didalam kelas dengan simulasi berstruktur pengalaman kerja sebenar yang menyediakan pelajar untuk daya saing di tempat kerja hari ini. Teknologi Kreatif adalah bidang antara disiplin yang menggabungkan teknologi komputer, reka bentuk, seni dan kemanusiaan. Bidang Teknologi Kreatif merangkumi seni, pengiklanan dan media yang dibuat dengan perisian, secara elektronik dan/atau dengan enjin yang dipacu data. Contoh-contoh teknologi kreatif digital termasuklah pengalaman kepelbagaian deria yang dibuat menggunakan grafik komputer, virtual reality, augmented reality, pencetakan 3D, internet of things, dan teknologi wearable. Dalam dunia seni, seni media baru, seni digital, dan seni internet merupakan contoh-contoh kerja yang dilakukan dalam bidang teknologi kreatif. Sesetengah percaya bahawa "Kreativiti berpotensi untuk direvolusikan dengan teknologi", atau bidang teknologi kreatif ini dilihat sebagai membantu "mengendalakan" cara manusia kini berinteraksi dengan komputer, dan ia mendorong kepada pengalaman yang lebih bersepadu dan mendalam.
Teknologi kreatif paling baik dilihat sebagai pertembungan teknologi baru dengan inisiatif kreatif seperti fesyen, seni, pengiklanan, media, dan hiburan.

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang multimedia kreatif. Kursus yang ditawarkan diletakan dalam kumpulan modul Creative Foundation, Creative Essentials dan Creative Technology. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk menceburi kerjaya dalam pelbagai industri Multimedia Kreatif. Disamping kemahiran dan pengetahuan dalam visual dan kreativiti, program ini juga menggunakan aplikasi perisian multimedia terkini yang paling relevan dan digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran kreatif. Ini memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan boleh memasuki mana-mana syarikat dalam bidang kepakaran yang dipilih. Di samping kursus teknikal, pelajar juga dibekalkan dengan kursus umum seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurikulum, Pengurusan Acara dan Keusahawanan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam softskill. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada pembelajaran sendiri dan kemahiran kecekapan tangan (hand-on), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia kreatif digital.

Tempoh Pengajian : 2 tahun setengah

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Animasi Kreatif


Prospek Kerjaya

Prospek pekerjaan meliputi:

  • Animator
  • Penolong Penerbit
  • Penolong Pengarah
  • Penolong Pengurus Penerbit / Eksekutif
  • Penulis Skrip
  • Penolong Pengarah Fotografi
  • Pembantu Scenographer / Pereka Produksi
  • Editor Visual dan Audio
  • Pembantu Visual Menchandiser
  • Penolong Pengarah Seni / Kreatif
  • Animator 2D / 3D                                                    
  • Pereka Karakter
  • Artis Kesan Khas
  • Rendering Artist
  • Pereka Latar Belakang Digital
  • Pereka Grafik
  • Pereka Permainan Video
  • Penolong Pengarah Video
  • Roto Artist
  • Concept Artist

Maklumat lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik

 

Program Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen yang dahulunya dikenali sebagai Sijil Kemahiran Reka Bentuk Fesyen dan Pakaian telah ditawarkan di politeknik untuk memberi peluang kepada graduan bermasalah pendengaran memperkembangkan potensi diri dan kerjaya di dalam bidang ini. Program ini bermatlamat untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka mempunyai kendiri yang kreatif, inovatif dan mempunyai jati diri dalam menghadapi arus globalisasi. Mereka boleh bekerja secara berpasukan dalam meningkatkan produktiviti organisasi. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dan persaingan di dalam industri dan persekitaran. Selain itu, mereka juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat dan perubahan teknologi baru.

Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen dibangunkan untuk memperkenalkan pelajar kepada trend semasa dalam industri fesyen dan peranan pakaian sebagai medium komunikasi, bukan sekadar keperluan asas. Pelajar didedahkan dengan kemahiran interpersonal serta pengetahuan asas keusahawanan dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Pelajar turut diperkenalkan dengan kursus pembuatan sampel pakaian, teknik mendraf pola pakaian dan teknologi pembuatan pakaian. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan pelbagai teknik prinsip asas rekaan dan kajian fabrik yang membantu pelajar mengenali jenis-jenis fabrik serta sumber pembuatannya. Kursus sulaman diperkenalkan sebagai elemen tambahan bagi menjana idea dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan hiasan bertekstur yang pelbagai. Pelajar didedahkan kepada amalan dan strategi yang efektif dalam peragaan barangan. Kursus projek yang diperkenalkan di semester akhir untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan segala elemen dan prinsip rekaan dalam menghasilkan koleksi akhir rekaan pakaian mereka.

 

Tempoh Pengajian : 4 Semester


Prospek Kerjaya

Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan tempahan pakaian, aksesori fesyen, perhiasan pada pakaian serta ilustrasi fesyen. Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki boleh diaplikasi kepada pelbagai cabang pekerjaan dalam industri fesyen dan membolehkan graduan untuk memulakan perniagaan sendiri berkaitan industri fesyen. Prospek pekerjaan meliputi:

  • Usahawan
  • Pembantu Pereka fesyen
  • Tukang Jahit
  • Pembantu Pereka Sulaman Pakaian
  • Pembuat Sampel Pakaian
  • Pembantu Pereka Aksesori Fesyen
  • Pembantu Pembuat/Pemotong Pola Pakaian
  • Penghias Barang Dagangan
  • Pembantu Pereka Kostum
  • Pembantu Pengurus Butik
  • Pembantu Pereka Hiasan Dalaman
  • Pembantu Perunding Imej

Maklumat Lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik