Page 6 - eBook KHK Tahun 2023
P. 6

Sinopsis








                  Buku ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kefahaman pelajar
                  Sijil  Kemahiran  Hotel  dan  Katering  kepada  kursus  Penyajian  Makanan  dan
                  Minuman.  Buku  ini  juga  direka  khusus  untuk  pelajar  berkeperluan  khas
                  (masalah pendengaran). Justeru itu, laras bahasa yang digunakan juga adalah

                  mudah  untuk  membantu  pelajar  memahami  kandungan  yang  hendak
                  disampaikan.


                  Kandungan  buku  ini  merangkumi  pengenalan  kepada  industri  hotel  dan
                  katering  serta  pelbagai  sektor  yang  menyumbang  kepada  industri  tersebut.
                  Pelajar  juga  didedahkan  dengan  carta  organisasi  dan  tanggungjawab  bagi
                  jawatan yang ada di Jabatan Penyajian Makanan dan Minuman. Selain itu, buku
                  ini juga lebih fokus tentang cara menjadi seorang pramusaji yang baik, ciri - ciri
                  perkhidmatan  berkualiti  serta  pematuhan  syariah  dalam  perkhidmatan
                  makanan dan minuman. Maklumat tambahan berkaitan dengan keselamatan
                  semasa di ruang kerja juga dilampirkan di dalam buku ini.




















































     1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11