Page 5 - eBook KHK Tahun 2023
P. 5
Editorial
Assalamualaikum
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaanNYA
dapatlah saya menyiapkan buku ini mengikut ketetapan masa yang telah diberikan.
Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Hajah Humairah binti Hamzah;
Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti serta Puan Nor Marlina binti Othman; Ketua
Program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering yang tidak putus memberikan sokongan dan
bimbingan dalam usaha menyiapkan naskah ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan - rakan seperjuangan yang membantu sepanjang penghasilan buku ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada urusetia e-book Politeknik Ibrahim Sultan
kerana telah memberi peluang dan panduan untuk saya menghasilkan buku bertajuk
Asas Pramusaji: Pengenalan Kepada Penyajian Makanan dan Minuman.
Semoga kandungan buku ini memberi manfaat kepada semua pihak terutama pelajar
Sijil Kemahiran Hotel dan Katering, Politeknik Ibrahim Sultan.
Sekian.
Nor Asmahani binti Kutip
Pensyarah Sijil Kemahiran Hotel & Katering
Politeknik Ibrahim Sultan, Johor