Page 54 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 54

4.3  HUKUM MENONTON TELEVISYEN


             Hukum  halal  atau  haram  bergantung  pada  tujuan  menonton  dan  kandungan  siarannya.  Oleh

             sebab  itu  sesuatu  perkara  dinilai  dari  sudut  penggunaannya.  Semua  itu  kembali  kepada
             kandungan siaran dan pengaruh yang ditimbulkannya. Antara syarat-syaratnya :


                  Isi kandungan siaran yang ditonton


             Secara jelas Islam telah mewajibkan kepada kaum mukmin lelaki dan kaum mukmin perempuan
             untuk  menjaga  pandangannya  dari  hal-hal  yang  diharamkan  oleh  syarak  sebagaimana  firman

             Allah  swt  bermaksud:  “Katakanlah  kepada  orang  lelaki  yang  beriman:  Hendaklah  mereka
             menahan  pandanganya  dan  memelihara  kemaluannya;  …  Katakanlah  kepada  wanita  yang
             beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka
             menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”
                                                                                       (Surah al-Nur : 30-31).



             Dari  firman  Allah  tersebut,  jelas  bahwa  menonton  televisyen,  diperbolehkan  atau  tidak  ialah
             berdasarkan dari isi kandungan siaran yang ditonton tersebut. Jika, berkaitan kebaikan, misalnya

             tentang  sejarah  islam  :  JEJAK  RASUL,  tentang  kebesaran  Allah  :  national  geography,  tentang
             pentingnya  mengenal  Allah  :  AL-KULIYYAH  dan  sebagainya  yang  dapat  meningkatkan  rasa
             keimanan kita kepadaNya, sudah pasti siaran tersebut diperbolehkan sebab salah satu dakwah
             islam yang membawa pada kebaikan.



             Namun, jika siaran yang ditonton lebih banyak keburukan di dalamnya, seperti banyak wanita
             atau  lelaki  yang  tidak  menutup  aurat  sehingga  membuat  penonton  melihatnya  adalah  sama
             sahaja seperti melakukan zina mata walaupun tidak melihat orangnya secara langsung. Sebab itu
             menonton siaran yang isinya tidak sesuai dengan syariat islam hukumnya adalah haram.



                 Jangan sampai melalaikan waktu dan kewajiban


             Sebagaimana  hadis  Abu  Barzah  Al-Aslamy,  dia  berkata,  telah  bersabda  Rasulullah,  “Tidak
             bergeser kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya, untuk
             apa dia habiskan. Tentang hartanya darimana dia dapatkan dan untuk apa dia infakkan. Tentang
             badannya untuk apa dia kerahkan. ”

                                                                                  (Riwayat Imam At Tirmidzi)


             Jelas  menunjukkan  bahawa,  menonton  televisyen  itu  dibenarkan  selagi  siaran  yang  ditonton
             tidak  melanggar  syariat  Islam  serta  penonton  tidak  lalai  dalam  melakukan  kewajipan  dan

             tanggungjawab mereka. Hal ini kerana, setiap perkara dan masa yang dihabiskan di atas dunia
             akan disoal oleh Allah di alam barzakh kelak.


                                                                                                    53     62
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59