Page 56 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 56
2. Membuka aurat
Mereka juga membuka aurat yang haram untuk dilihat, maka hal ini tidak dibolehkan bahkan
termasuk dosa besar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-
isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu
mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
(Surah al-Ahzab : 59)
3. Bersentuhan dengan berlainan jenis yang bukan mahram
Ketika bergambar, mereka saling bersentuhan di antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram yang masih belum sah akad nikahnya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam
hadis mengenai ancaman keras tersebut yang bermaksud : “Sesungguh kepada salah seorang di
antara kamu ditusuk dengan jarum besi, lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan
yang tidak halal baginya”.
(Riwayat Baihaqi, Thabrani &Bukhari)
4. Tabarruj yang tidak dibolehkan
Berhias berlebih-lebihan sehingga menimbulkan syahwat kepada lelaki yang bukan mahram
adalah tidak dibenarkan kerana perkara ini boleh membawa kepada maksiat, penzinaan serta
fitnah.
Allah memerintahkan pada para Wanita sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud : “Dan
hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti
orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.”
(Surah al-Ahzab : 33)
55 64