Page 52 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 52
Seterusnya, HARAM meminta pertolongan dengan jin walau dalam apa keadaannya sekalipun.
Dan perkara ini adalah tercela secara syara’. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua
golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah
sombong dan jahat''.
(Surah al-Jin: 6)
KESIMPULAN : Maka jelas menunjukkan bahawa, hukum menonton filem sihir atau merosakkan
akidah adalah HARUS selagi tidak meyakini serta membenarkan perbuatan sihir tersebut
sehingga mengamalkannya. Walau bagaimanapun dinasihati supaya memantau anak-anak ketika
menonton cerita-cerita yang berkait dengan sihir supaya mereka diterangkan bahawa perbuatan
mempercayai sihir adalah merupakan suatu bentuk kesyirikan dan dimurkai Allah. Di samping itu
anak-anak juga perlu diingatkan supaya menjauhi cerita-cerita yang berunsurkan maksiat.
Sekiranya paparan filem tersebut boleh membangkitkan syahwat, mencenderungkan orang ramai
melakukan maksiat, perbuatan jenayah atau sebarang perlakuan serong maka hukumnya adalah
haram dan tidak halal bagi seorang muslim untuk menyaksikannya atau menyokongnya.
Contohnya seperti cerita BOHSIA yang menceritakan tentang masalah akhlak remaja iaitu
pelacuran, penculikan, penzinaan, pengkhianatan dan sebagainya.
HURAIAN : Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah kepada lelaki-lelaki
yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang
mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya.”
( Surah an Nuur : 30 – 31)
Jelas ayat ini menunjukkan bahawa, filem yang mengandungi unsur-unsur maksiat dan adegan-
adegan seksual yang membangkitkan syahwat serta mendorong penonton melakukan maksiat
adalah tidak dibenarkan.
51 60