Page 57 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 57
4.5 HUKUM MEMBUAT KOLEKSI FOTO-FOTO
Haram hukumnya jika membuat koleksi majalah yang terdapat foto atau gambar yang menyalahi
syariat Islam. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, gambar-gambar dan foto-foto wanita
dijadikan sebagai model iklan untuk menarik perhatian pelanggan tetapi tidak gambar pemuda
atau orang tua.
Hukum kebolehan foto tetap dengan syarat, iaitu objek foto tersebut mesti halal dan tidak haram
seperti tidak terbuka aurat, tidak menimbulkan syahwat serta fitnah. Jika seseorang memiliki foto
yang auratnya tidak tertutup penuh, ahli Jum'ah menyarankan agar orang tersebut berusaha
hanya mahramnya yang melihat foto tersebut.
Hukum menggantung gambar fotografi di dinding
Menangkap gambar fotografi dengan menggunakan alat seperti kamera ini bukan seperti
perbuatan melukis dan perbuatan ini dianggap sebagai menangkap bayang maka perbuatan ini
diharuskan. Hukum ini berkekalan selama mana gambar yang diambil adalah bertujuan sebagai
perhiasan di rumah untuk kenang-kenangan. Sementara itu, sekiranya menggantung gambar
tersebut bertujuan untuk penyembahan dan mengagungkan maka perbuatan tersebut
diharamkan. Justeru itu, perbuatan menggantung gambar fotografi di dinding rumah atau
disusun sebagai perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah suatu perbuatan yang dibenarkan
dalam agama.
(Irsyad Al-Fatwa Siri ke-631)
4.6 HUKUM MELIBATKAN DIRI DALAM BIDANG ANIMASI
Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya "Seni Dalam Islam", hukum membuat gambar
bergantung kepada tujuan gambar itu dibuat, tempat letaknya gambar tersebut, cara digunakan
dan niat sebenar pembuat gambar tersebut. Jika gambar itu digunakan untuk tujuan
penyembahan atau diagung-agungkan terutama gambar sesuatu yang mempunyai roh seperti
manusia dan haiwan, maka hukumnya adalah haram. Begitu juga gambar melibatkan perkara-
perkara yang haram seperti pendedahan aurat atau tujuan hiburan yang melekakan. Sekiranya
gambar tidak melibatkan perkara-perkara tersebut, hukumnya adalah harus.
56 65