Page 55 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 55
4.4 HUKUM FOTOGRAFI
Fotografi adalah harus dengan syarat objeknya adalah halal menurut syarak. Contohnya
mengambil gambar pemandangan alam, ketika resepsi atau sebagainya. Kemudian ada pula
keadaan-keadaan tertentu yang tergolong darurat sehingga membolehkan fotografi seperti
urusan pekerjaan, pasport, atau foto identiti.
Menurut seorang mufti Mesir iaitu Al 'Allamah Syeikh Muhammad Bakhit Al Muthi'i berpendapat
bahawa fotografi itu hukumnya mubah (dibolehkan).
Beliau berpendapat bahawa fotografi tidak termasuk dalam aktiviti mencipta sesuatu tetapi
fotografi itu hanya menahan bayangan. Lebih tepat, fotografi ini diistilahkan dengan
"pemantulan," sama seperti cermin. Aktiviti ini hanyalah menahan bayangan atau
memantulkannya, tidak seperti yang dilakukan oleh pemahat patung atau pelukis. Kerana itu,
fotografi ini tidak diharamkan, bahkan hukum mubah.
Hukum mengedit foto orang lain untuk dijadikan emoji, stiker atau jenaka
Mengedit foto orang lain untuk dijadikan emoji, stiker dan jenaka, jika tanpa izin dari orangnya
dan mengandungi unsur-unsur penghinaan, menjatuhkan maruah, menimbulkan fitnah,
menyebarkan aib serta sebagai satu jenaka, maka hukumnya tidak boleh atau haram. Namun jika
pemilik foto tersebut mengizinkan dan rela fotonya untuk dijadikan bahan jenaka bentuk emoji
atau stiker, maka hukumnya dibolehkan dengan syarat tidak mengaibkan serta menampakkan
aurat.
Hukum foto Pra Perkahwinan
Foto pra perkahwinan adalah penggambaran sebelum pernikahan berlaku, perkara ini
menyebabkan hal-hal yang mendekati zina, termasuk di sini adalah berdua-duaan saat foto pre-
wedding.
Beberapa kesalahan dalam foto pre wedding:
1. Ikhtilat dan khalwat
Walaupun mereka memakai tudung saat foto pre wedding, tetap tidak dibenarkan. Kerana Islam
melarang berdua-duaan antara pasangan yang belum halal, disebut khalwat. Islam juga melarang
ikhtilat, iaitu bercampur di antara lelaki dan perempuan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud : Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan melainkan yang
bersama-sama perempuan tersebut mahramnya.
(Riwayat Muslim)
54 63