Page 50 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 50
4.2 HUKUM MENONTON FILEM
Dalam dunia moden yang serba canggih ini, agak pelik dan janggal jika kita tidak menonton
televisyen atau filem melalui pelbagai instrumen. Kemajuan bidang teknologi inilah yang
menyumbang kita dalam mengetahui dan memperolehi pelbagai ilmu sama ada yang memberi
manfaat atau sebaliknya. Oleh sebab itu, Islam menetapkan garis panduan agar kita tidak
melepasi batas yang telah ditetapkan dalam syariat Islam.
Hukum menonton filem dalam Islam tidak memiliki ketetapan khusus, iaitu berdasarkan isi dan
niat filem yang ditonton tersebut. Walaubagaimanapun, kita mengetahui tentu ada filem yang
mengajarkan kebaikan dan memberi pengalaman, motivasi atau memberi manfaat ilmu dalam
pandangan islam. Namun begitu, terpulang kepada penonton itu sendiri sama ada menjadikan
filem atau jalan cerita itu sebagai manfaat dan pengajaran ke arah kebaikan atau sebagai ikutan
dan panduan ke arah kebatilan.
Status hukum menonton filem bergantung kepada situasi. Pawagam atau mana-mana tempat
tayangan umum adalah halal dan baik apabila memenuhi syarat berikut:
1. Filem yang ditonton itu mesti bersih dan bebas dari perkara-perkara yang buruk dan fasik
serta perkara yang boleh merosakkan akidah, syariat dan akhlak Islam. Contohnya seperti
menayangkan atau menonton filem MUNAFIK yang merosakkan akidah umat Islam jika
menjadi ikutan. Selain itu, di zaman serba canggih ini terlalu banyak video serta siaran
langsung(LIVE) berkaitan mistik, paranormal, perawat berdialog dengan jin dan jin menyebut
sesuatu tentang perkara ghaib, ramalan-ramalan nombor, rahsia tarikh lahir dan ramalan-
ramalan tahi lalat sama ada di televisyen mahaupun di media sosial.
HURAIAN : Hukum asal menonton cerita berkait sihir adalah HARUS selagi tidak meyakini atau
membenarkan perbuatan sihir tersebut. Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang mendatangi tukang tilik lalu membenarkan kata-katanya maka dia
telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.”
(Riwayat al-Bazzar)
59
49