Page 46 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 46
Faktor pendengar
Lebih mudah dirangsangi nafsu syahwat, biasanya berlaku di peringkat awal usia remaja kerana
hawa nafsunya lebih dominan daripada sifat-sifat lainnya, hukumnya adalah haram sama ada
dalam hatinya ada rasa cinta kepada orang tertentu ataupun tidak.
Nyanyian yang menggambarkan pelipis, pipi, menjalin hubungan cinta, dan putus cinta akan
menimbulkan keghairahan hawa nafsu, membuatkan dia terbayang-bayang bentuk tubuh wanita
tertentu sehingga api syahwat menyala dan berkembanglah segala bentuk maksiat. Contohnya :
Lirik Obsesiku Aqasha
Artist: Aqasha
Matamu bibirmu aku cinta kamu
Pipimu dan juga senyummu Hadiahkan asmara di
Membuat aku lebur setiap pagi harimu
Hanyuti dalam ghairah Dengan harapan agar kau tahu
Kerna mu Semoga kau tahu
Ku gilakan mu
Tubuhmu harummu
Hatimu ohh semua aku mahu Pujuk rayu hatiku
Sering bergoncang
Ingin ku gigit jiwa ini
gigit cubit telinga kecilmu Siang malam ku gundah
Luahkan perasaanku gara melihat wajahmu
Dan membisikkan Ku rindu
Faktor Keawaman
Golongan masyarakat awam dan yang tidak diliputi rasa cinta kepada Allah maka mendengar
nyanyian bagi golongan ini adalah harus.
Tetapi jika mudah dikuasai nafsu, haram kepada mereka mendengar nyanyian. Jika mereka
membiasakan diri mendengar lagu dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka kepada
lagu-lagu itu maka mereka adalah golongan yang bodoh dan ditolak persaksiannya.
Ini kerana melakukan perbuatan yang sia-sia secara terus-menerus adalah satu bentuk kejahatan
seperti juga dosa-dosa kecil apabila dilakukan secara terus menerus akan bertukar menjadi dosa
besar.
45