Page 44 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 44
3.5 Penglibatan Wanita Dengan Seni Muzik
Dr. Abdul Karim Zaidan (al- al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim) menyatakan
• Pandangan daripada Imam al-Qurtubi dan ulama’-ulama’ dari Mazhab al-Syafi’iah, berkaitan
dengan orang lelaki yang mendengar nyanyian daripada penyanyi wanita atau sebaliknya, mereka
menyatakan :
- Makruh walaupun tiada unsur-unsur fitnah.
- Haram sekiranya berlaku fitnah (contoh : teringat-ingat sehingga dipuja-puja).
• Pandangan daripada Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Imam al-Ghazali:
- Harus mendengar nyanyian daripada penyanyi wanita sekiranya tiada sebarang unsur fitnah
(lagu yang mengandungi unsur dakwah serta pendidikan yang membawa manusia ke arah
kebaikan selagi menepati syariat Islam).
Imam Bukhari (Kitab al-Nikah), dengan jelas memaparkan penglibatan perempuan yang
menggunakan instrumen muzik sambil menyanyi di hadapan Nabi SAW. Baginda tidak melarang
mereka untuk menyanyi, malah meminta mereka untuk meneruskan nyanyian tersebut.
“Dari Raubayyi binti Mu’awiyyah ibn ‘Afra’ katanya: Rasulullah SAW datang dan masuk ke dalam
rumah sewaktu majlis perkahwinanku diadakan, lalu baginda duduk di atas hamparan yang tidak
jauh dari majlisku. Maka beberapa orang hamba perempuan memukul rebana sambil menyanyi
yang mengandungi pujian terhadap bapa-bapa (mereka) yang meninggal dunia dalam Perang
Badar. Tiba-tiba seorang hamba perempuan tersebut berkata: Di hadapan kita adalah Nabi SAW
yang dapat mengetahui hal-hal yang akan datang. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Biarkan dia
(menyanyi), teruskan apa yang kamu nyayikan tadi”.
(Riwayat Imam Bukhari)
Nas di atas jelas menunjukkan bahawa penglibatan wanita Islam dengan seni muzik adalah
dibenarkan dan harus hukumnya selagi ia menepati tuntutan syariat Islam.
43