Page 43 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 43
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia dalam persidangan kali ke 2 pada 12 -13 Mei 1981 telah membuat
keputusan seperti berikut :
Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadab dan tidak mendorong kepada
maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada
fitnah adalah harus.
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat,bercampur
gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram.
Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram.
Menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus.
Tutorial : Adakah nyanyian tersebut dibenarkan atau tidak dibenarkan?
Nyanyian nasyid yang mengandungi unsur ketuhanan dan mengingatkan kepada kematian.
____________________________
Nyanyian rock yang memberi keinsafan serta kembali ke jalan yang benar.
____________________________
Nasyid yang membawa kepada keinsafan ke jalan benar tetapi yang menglirukan mengenai
hakikat Islam yang sebenar.
____________________________
Lagu-lagu yang rancak memuja syaitan.
____________________________
42