Page 45 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 45
3.6 PENDAPAT IMAM AL-GHAZALI TENTANG NYANYIAN
Imam Al-Ghazali menjelaskan beberapa faktor yang mengubah hukum mendengar nyanyian dari
mubah (harus) kepada haram. Ia meliputi lima penyebab berikut:
Faktor penyanyi
Iaitu seorang wanita yang tidak halal untuk dipandang dan dibimbangi terjadi fitnah(kerana
kecantikan serta suara yang merdu yang menarik perhatian lelaki) apabila memperdengarkannya.
Pengharamnya di sini kerana takutkan fitnah(kecantikan serta kemerduan suara), bukan lagu itu
sendiri.
Faktor peralatan muzik
Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol tukang peminum atau simbol bagi kaum lelaki
yang menyerupai wanita seperti seruling, gitar dan gendang. Ketiga-tiga jenis alat muzik ini
dilarang. Adapun selain itu, hukumnya mubah (harus).
Namun begitu, cara atau pendekatan dalam menggunakan peralatan muzik itu yang menjadi
haram jika disalahgunakan dengan perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam seperti bermain
gitar sambil meminum arak, pengambilan dadah dan sebagainya.
Faktor yang ada pada lagu dan lirik
Apabila di dalam sesebuah lagu terkandung kata-kata mencaci dan kata-kata kotor, atau
perkataan dusta terhadap Allah dan Rasulnya atau terhadap sahabat seperti yang dilakukan oleh
orang Syiah yang mencaci maki para sahabat.
Maka mendengarnya adalah haram baik dengan irama ataupun tidak, kerana pendengar itu
mengikuti irama yang dilagukan.
Berdasarkan pendapat yang sahih, lagu-lagu yang menyebutkan ciri-ciri wanita secara umum di
hadapan lelaki tidak haram melagukannya, baik dengan irama ataupun tidak.
Walaubagaimanapun, pendengar tidak boleh mengkhayalkannya kepada wanita tertentu kecuali
kepada wanita yang halal dengannya.
44