Page 49 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 49

4.0 SENI VISUAL




                                                Ummul Hafizah Ali













             4.1 PENGENALAN




             Seni  visual  merupakan  suatu  seni  yang  dapat  dinikmati  oleh  penglihatan.  Seni  audio  pula,
             mempunyai wujud nyata dan pasti dimana dapat dilihat secara langsung melalui elemen-elemen

             berupa gambar, multimedia, kerajinan tangan, grafik dan lukisan.


             Estetika  dalam  pembahasan  ini  tidak  hanya  berkaitan  seni  non-visual,  akan  tetapi  Islam  juga
             membincangkan tentang seni visual Barat dimana seni visual Barat hampir sepenuhnya bersandar
             pada watak atau sifat manusia seperti bentuk manusia, pemandangan alam, benda-benda mati

             atau bahkan reka bentuk abstrak. Tidak seperti dalam seni visual Islam, Islam tidak tertarik pada
             sifat manusia dan alam, melainkan pada sifat Ilahi. Maka dalam estetika Islam adalah melarang
             sebarang bentuk makhluk bernyawa seperti yang terjadi pada nilai-nilai estetika peradaban Barat.



             Hal terpenting yang merupakan landasan utama dalam setiap produk kesenian Islam adalah seni
             Islam  merupakan  wadah  dari  hasil  penghayatan  nilai-nilai  estetika  dalam  Al-Qur’an.  Al-Qur’an
             menjadi model utama dan tertinggi bagi kreativiti dan penghasilan seni. Implikasi dari pemikiran
             Islam  ini  dapat  dijumpai  dalam  berbagai  karya  seni  visual  Islam  terutama  bidang  kaligrafi,

             dekorasi (ornamen), penulisan, muzik, ukiran dan sebagainya.





























                                                                                                    48
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54