Page 53 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 53
2. Tidak melupakan kewajipan agama. Contoh haram ke atas seorang muslim meninggalkan
sembahyang semata-mata kerana ingin pergi menonton wayang di pawagam.
Ibadah solat adalah ibadah wajib dan merupakan perkara pertama yang dihisab di hari kiamat
serta menjadi pembeza antara orang beriman dan orang kafir. Hal ini tergambar dalam sabda
Nabi Muhammad SAW: "Amalan seorang hamba yang paling pertama dihisab di hari Kiamat
adalah salat, jika salatnya baik maka baik pula seluruh amalannya, dan jika salatnya rusak maka
rusak pula seluruh amalannya,"
(H.R. Thabarani)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya batas antara seseorang dengan syirik dan
kekafiran itu adalah meninggalkan solat”
(H.R. Muslim)
Selain itu, Allah SWT menyatakan bahawa solat merupakan penghalang perbuatan dosa.
Barangsiapa yang solat fardu dan sunat serta menghayati maknanya, maka ia menjadi pengingat
agar seorang hamba menjauhi perbuatan dosa. Hal ini tergambar dalam firman Allah bermaksud:
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar. Dan
sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah –
ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Ankabut : 45)
3. Percampuran antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah. Lebih-lebih lagi
tayangan dilakukan di tempat yang gelap. Hadis Nabi SAW bersabda “Sesungguh kepada
salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi, lebih baik baginya daripada
menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.”
(Riwayat Baihaqi, Thabrani &Bukhari)
Ayat ini menjelaskan bahawa, lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak boleh
bersentuhan, berdua-duaan dan bercampur sehingga menimbulkan fitnah serta maksiat.
52 61