Page 51 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 51
Hadis ini menjelaskan bahawa siapa yang membenarkan tukang tilik dengan mendakwa mereka
mengetahui perkara ghaib maka dia telah melakukan kekufuran. Adapun jika dia hanya bertanya
kepada tukang tilik tanpa membenarkan ungkapan tukang tilik tersebut maka dia telah
melakukan dosa dan ibadatnya tidak diterima oleh Allah SWT selama 40 hari. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Siapa yang mendatangi tukang tilik lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu maka
tidak diterima darinya solat selama empat puluh malam.”
(Riwayat Muslim)
Nabi SAW menyebut dengan bilangan 40 kerana ia merupakan bilangan kebiasaan orang Arab
ketika mengambarkan bilangan yang banyak. Manakala Nabi SAW menyebut dengan malam
kerana orang Arab memulakan hari mereka dengan waktu malam. Sekalipun Nabi hanya
menyebut solat namun menurut Imam al-Munawi begitu juga dengan ibadat puasanya. Ini
kerana baginda hanya menyebut ibadat di dalam hadis kerana ia merupakan tiang agama.
Meskipun begitu yang dimaksudkan dengan tidak diterima solatnya bukanlah bermaksud
solatnya tidak sah menurut hukum syarak. Namun yang dimaksudkan dengan tidak diterima ialah
tidak diberikan ganjaran pahala.
HURAIAN : Hukum menonton siaran berkaitan mistik, paranormal, perawat berdialog dengan jin
dan jin menyebut sesuatu tentang perkara ghaib, ramalan-ramalan nombor, rahsia tarikh lahir
dan ramalan-ramalan tahi lalat adalah HARUS selagi tidak meyakini atau membenarkan perkara
tersebut.
Dari sudut menggunakan khidmat rawatan daripada perawat Islam pula hukumnya adalah
HARUS jika sekiranya perawat Islam menggunakan bacaan jampi atau ruqyah yang tidak
melanggar syarat-syarat dan prinsip-prinsip dalam perubatan ruqyah dan perbuatan alternatif
Islam.
Tiga syarat yang disebut oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya al-Fath al-Bari,
Antaranya menyebut:
“Para ulama telah sepakat tentang kebolehan membuat rawatan jika mengikuti tiga syarat ini:
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan firman Allah SWT atau dengan nama-
nama dan sifat-sifatNya.
Ruqyah hendaklah dilakukan dengan menggunakan bahasa arab atau sesuatu bahasa selain
bahasa arab yang difahami maknanya.
Menyakini bahawa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya tetapi
hanyalah dengan izin Allah SWT.
59
50