Page 42 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 42

3.4  Nyanyian yang boleh dikategorikan haram apabila :



                 Melekakan     manusia    sehingga   mengabaikan      kewajipan–kewajipan     yang   berupa

                 tanggungjawab asas terhadap Allah SWT seperti solat.


                 Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak dan

                 yang  batil.  (  Al-haq  ialah  semua  bentuk  ketaatan  kepada  Allah  SWT,  sedangkan  al-bathil
                 adalah semua bentuk ketaatan selain kepada Allah seperti melakukan maksiat).


                 Dicampuri  dengan  benda–benda  haram  seperti  arak,  dadah  dan  boleh  membawa  kepada
                 penzinaan contohnya mendengar muzik dan menari di kelab malam.



                 Percampuran  antara  lelaki  dan  perempuan  yang  bukan  mahram  seperti  pergaulan  bebas
                 dalam bentuk bersuka–suka yang melampau contoh konsert yang tiada batasan lelaki dan

                 perempuan.


                 Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat–alat tiupan seperti
                 seruling, bertali, tabuhan yang tertutup di bahagian atas dan bawah serta alat–alat muzik dari
                 tekanan  jari.  Sesetengah  ulama  berpendapat  harus  hukumnya  jika  digunakan  untuk

                 pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat–
                 alat muzik tersebut boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah seperti yang pernah
                 dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.



                 Boleh merosakkan akhlak dan memudaratkan individu yang berbentuk tidak bermoral seperti
                 tarian terkini (kotemporari) contoh tarian hipster dan tarian raver (non-stop music). Tarian
                 raver (Radical Audio Visual Experience) merupakan tarian bebas mengikut alunan muzik yang
                 dipasang  oleh  deejay  dan  muzik  dipasang  tanpa  henti.  Penggunaan  dadah  dan  pil  khayal

                 sering dikaitkan kerana ianya memerlukan stamina tinggi untuk bertahan lama ketika menari.


                 Dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk – nunjuk dan kesombongan.





















                                                                                                    41
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47