Page 37 - E-book MPU23082 Seni Dalam Islam
P. 37

3.3 PANDANGAN ULAMA MENGENAI NYANYIAN SAMA ADA

                    MENGGUNAKAN PERALATAN MUZIK ATAU TIDAK




             Golongan ulama beselisih pendapat mengenai nyanyian sama ada menggunakan muzik atau alat
             – alat muzik.



             Golongan Pertama (Pendapat sesetengah ulama Mazhab Hanafi dan Hanbali serta Imam Malik) :
             Golongan  ini  MELARANG  sama  sekali  nyanyian  sama  ada  menggunakan  alat  muzik  atau  tidak
             menggunakan  alat  muzik.  Mereka  MENGHARAMKAN  nyanyian  dan  mengkategorikan  sebagai
             DOSA BESAR.



             Golongan  kedua  :  Golongan  ini  MELARANG  nyanyian  yang  diiringi  dengan  alat  muzik  dan
             MENGHARUSKANNYA jika  tidak  diiringi  dengan  alat  muzik.  Di  kalangan  golongan  ini,  ada  yang

             membolehkan  setiap  nyanyian  sama  ada  diiringi  alat  muzik  ataupun  tidak  bahkan  mereka
             berpendapat nyanyian itu adalah SUNAT.


             Golongan ketiga (Pendapat sesetengah ulama Mazhab Hanafi, Hanbali dan juga Imam Asy Syafi’i):
             Golongan ini MENGHARUSKAN nyanyian, asalkan saja tidak mengandungi perkara mungkar dan

             seni kata yang tidak elok.



             Berdasarkan  keterangan  di  atas,  pendapat  pertama  lebih  keras  berbanding  dengan  pendapat

             kedua  dan  ketiga  iaitu  mengharamkan  nyanyian  sama  ada  menggunakan  alat  muzik  ataupun
             tidak. Hukumnya berdosa besar seperti dosa membunuh, berzina, minum arak dan sebagainya.
             Manakala pendapat kedua lebih ringan iaitu mengharuskan nyanyian tanpa menggunakan alat

             muzik  tetapi  terdapat  sebahagian  pendapat  menghukumkan  sunat  nyanyian  sama  ada
             menggunakan alat muzik atau pun tidak.



























                                                                                                    36
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42