Jabatan Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk menjalankan fungsi politeknik secara khususnya berkaitan Hal Ehwal Pelajar. Jabatan ini bertanggungjawab menguruskan :-
- Pengambilan Pelajar
- Urusan Data Pelajar
- Kebajikan Pelajar
- Disiplin Pelajar
kecuali masalah berkaitan :-
- Peperiksaan Pelajar
- Kaunseling Pelajar
- Ko-Kurikulum Pelajar
- Latihan Industri Pelajar
- Perpustakaan
- Koperasi
- Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar
Waktu Urusan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ahad - Rabu : 8.30 pagi – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 3.00 petang
Fungsi / Perkhidmatan
- Menguruskan segala hal berhubung dengan pengambilan dan pendaftaran pelajar baru dan semasa.
- Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar.
- Menguruskan pertukaran pelajar ke politeknik dan pertukaran program.
- Memantau disiplin dan kebajikan pelajar.
- Menguruskan pinjaman dan bantuan kewangan pelajar.
- Memantau dan menyelia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
- Memantau dan mengawal selia kelab dan persatuan pelajar.
- Menguruskan pendaftaran kenderaan pelajar.
- Menguruskan insurans berkelompok pelajar.
- Menguruskan hal-hal berkaitan penempatan asrama pelajar.
Carta Organisasi