jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

SENARAI KURSUS YANG DI TAWARKAN DI JMSK

  1. DBM10013 - ENGINEERING MATHEMATICS 1
  2. DBS10012 - ENGINEERING SCIENCE
  3. DBC 20012 - COMPUTER APPLICATION
  4. DBM20023 - ENGINEERING MATHEMATICS 2
  5. DBM30033 - ENGINEERING MATHEMATICS 3
  6. DBM30043 - ELECTRICAL ENGINEERING MATHEMATICS
  7. SBK1021 - APLIKASI KOMPUTER

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer memiliki fasiliti yang lengkap untuk proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah kepada pelajar. Antaranya ialah 5 bilik kuliah,1 makmal sains dan 5 makmal komputer. Dengan adanya fasiliti ini pelajar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri secara teori dan praktikal. Adanya proses penilaian yang dijalankan dari masa ke semasa sepanjang pengajian mereka dapat meningkatkan lagi kualiti diri sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.



Bilik Kuliah 

jmsk lap 

jmsk lap1

 

Makmal Komputer

gcl2

 

gcl1

Makmal Sains

makmal sains1

makmal sains2

 

 

jmsk pis

jmsk

  

PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains & Komputer merupakan jabatan sokongan yang menyediakan pembelajaran yang bersistematik bagi kursus Sains & Matematik Kejuruteraan yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar kejuruteraan. Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan komputer kepada semua pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, selain dari menyediakan pengajaran asas teknologi komputer terkini.
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1998 dan kini terdapat 19 orang tenaga pensyarah, seorang pembantu makmal dan 1 orang pembantu tadbir. Lokasi pejabat JMSK terletak dibahagian depan Politeknik Ibrahim Sultan bersama Jabatan Pengajian Am dan Unit ICT. Fasiliti-fasiliti yang terdapat di JMSK ialah 5 buah makmal komputer, 1 makmal sains, dan 4 buah bilik kuliah.
JMSK diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantuselia oleh 2 orang Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Matematik dan Ketua Kursus Sains. Proses Pengajaran & Pembelajaran di jalankan dengan penuh dedikasi oleh setiap pensyarah mengikut silibus yang telah ditetapkan agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan di bidang Matematik, Sains dan Komputer seiring perkembangan teknologi semasa.

 MISI

Menghasilkan pelajar yang mahir menyelesaikan permasalahan dengan mengaplikasikan Matematik, Sains dan Komputer bagi membantu pencapaian di bidang kejuruteraan, rekabentuk dan hospitaliti.

OBJEKTIF

Kecemerlangan Akademik

  1. Berusaha untuk mencapai kadar kelulusan bagi semua modul tidak kurang dari 95% bagi setiap semester.
  2. Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada pelajar yang lulus mencapai nilai mata 3.0 atau lebih untuk setiap modul bagi setiap semester.

 

KECEMERLANGAN STAF

Berusaha supaya staf JMSK menghadiri kursus/seminar/bengkel yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di bidang Matematik, Sains dan Komputer sekurang-kurangnya sehari dalam setahun.

 

Hubungi Kami:

Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK)

Politeknik Ibrahim Sultan,

KM 10, Jalan Kong Kong,

81700 pasir Gudang,

Johor.

Tel : 07- 2612754 ( Ketua Jabatan)

07- 2611021( pejabat )