jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Pengenalan

Latihan Industri merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang mesti di penuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan sijil atau diploma. Pelajar dari kursus sijil dan diploma serta pelajar pendidikan khas akan menjalani latihan industri pada semester akhir (LISA) iaitu semester 4 (Sijil dan Pendidikan Khas) dan semester 6 (Diploma).

 

Objektif Unit

Memastikan semua pelajar yang layak berjaya mendapat tempat untuk menjalani latihan industri yang menjadi syarat untuk lulus pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. Unit Perhubungan dan Latihan Industri juga berusaha memastikan hubungan baik di antara PIS dengan syarikat / agensi dapat dikekalkan.


Objektif Latihan Industri

Untuk memberi pendedahan kepada pelajar ke alam pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti. Dengan itu mereka dapat meluaskan pengalaman dan memperkukuhkan ilmu yang telah mereka perolehi di Politeknik Ibrahim Sultan.

Fungsi / Perkhidmatan 

1. Mencari tempat latihan industri.
2. Penempatan pelajar.
3. Lawatan dan Penyeliaan pelajar di syarikat / agensi.
4. Memanggil balik pelajar yang akan menamatkan latihan industri.
5. Pendaftaran pelajar tamat latihan.
6. Cetak slip latihan industri kepada pelajar yang berjaya menamatkan latihan industri.
7. Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah menjalani latihan industri.

Peraturan Am Latihan Industri

1. Pelajar hanya boleh mengulang LI sekali sahaja sepanjang pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan.
2. Pelajar akan gagal jika:

a. Gagal melaporkan diri untuk menjalani latihan industri pada tarikh yang ditetapkan.
b. Diberhentikan oleh syarikat / agensi.
c. Menjatuhkan nama baik politeknik semasa menjalani latihan industri.
d. Cuba untuk menipu atau mencuri semasa menjalani latihan industri.
e. Penilaian di bawah tahap lulus.

Carta Organisasi

2023 okt organisasi UPLI