jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL DAN KATERING
 
Pertandingan Memasak
 
Program diploma tiga tahun ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran komprehensif dalam operasi hotel dan katering serta kemahiran pengurusan dan peribadi untuk berjaya dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat penyeliaan. Dalam seni kulinari, pelajar akan membangunkan kebolehan untuk menunjukkan dan menguruskan produksi makanan mengikut standard antarabangsa yang telah dikenali serata dunia.
  
Selama tiga tahun, pelajar akan menjalani semua aspek dalam industri hospitaliti seperti kemahiran tinggi dalam penyediaan dapur dan organisasi, pengetahuan produk makanan, pembuatan kuih-muih (patisserie), analisis pancaindera, pembinaan menu, pengurusan makanan dan minuman serta penginapan. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya.
 

OBJEKTIF

 Melahirkan graduan yang berkebolehan secara praktikal dan kompetensi dalam bidang perhotelan dan perkhidmatan makanan.
  
 
PROGRAM YANG DITAWARKAN * 
  • Diploma Pengurusan Hotel & Katering (3 tahun) / KSS
  • Sijil Kemahiran Khas Politeknik dalam Pengurusan Hotel & Katering (2 tahun)
  
BIDANG PEMBELAJARAN (SECARA UMUM) 
  • Penyediaan Makanan
  • Perkhidmatan Makanan dan Minuman 
  • Bakeri dan Konfeksioneri 
  • Operasi Restoran
  • Operasi Kaunter Perkhidmatan
  • Pengemasan
  • Sanitasi
  • Pengurusan Acara 
 
FASILITI
  • 1 Dapur Komersil
  • 3 Dapur Latihan
  • Restoran Sri Baiduri
  • Kemudahan dobi
  • Bilik Simulasi Hotel
  • Peralatan dapur
 PELUANG KERJAYA 
  • Cook
  • Caterer
  • Waiter/Waitress
  • Kitchen assistant
  • Restaurant operator
  • Front desk supervisor
  • Housekeeping services
  • Guest service supervisor
  • Food service assistant/supervisor
  • Entrepreneur in lodging and food service businesses
  • dan lain-lain 

Skrol ke bawah untuk Program lain di JPH PIS.
 
PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
  
Kayak
 
Program diploma tiga tahun ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pelancongan. Pelajar dilatih secara khususnya bagi mencapai standard kompetensi teknikal yang tinggi dalam bidang pengurusan dan operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan dan operasi penerbangan, jualan dan pemasaran produk-produk pelancongan, serta dalam pengurusan runcit pelancongan.
 
 Selama tiga tahun, pelajar akan menjalani semua aspek dalam industri pelancongan seperti kemahiran tinggi dalam pengetahuan teknik-teknik pemandu pelancong, penempahan tiket penerbangan berkomputer, rekreasi terrestrial dan marin, pengurusan MICE dan acara, serta penyediaan bahan interpretasi pelawat. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya.

 

OBJEKTIF
 
Memenuhi permintaan pekerjaan dalam industri pelancongan yang kompetetif di Malaysia.
 
 
PROGRAM YANG DITAWARKAN *
  • Diploma Pengurusan Pelancongan (3 tahun)
 
BIDANG PEMBELAJARAN (SECARA UMUM)
  • Teknik Pemandu Pelancong
  • Geografi Pelancongan
  • Penempahan dan Tiketan
  • Operasi Kaunter Perkhidmatan
  • Pemasaran Pelancongan
  • Rekreasi Daratan dan Marin
  • Pengurusan Acara
  • Projek/Perancangan Pelancongan

FASILITI   

  • Pusat Sistem Penempahan Berkomputer (CRS)
  • Pusat Simulasi Pelancongan
  • Peralatan rekreasi (daratan dan marin)
  • Peralatan interpretasi pelawat (kamera dan video)

PELUANG KERJAYA

  • Tourism Officer
  • Park Coordinator
  • Nature Interpreter
  • Tourism Journalist
  • Park Administration
  • Community Recreation
  • Theme Park Supervisor
  • Travel And Tour Supervisor
  • Recreation Facility Supervisor
  • Tourism Sales And Marketing Personnel
  • Travel Package Development Consultant
  • Event Management Supervisor/Coordinator
  • Entrepreneur In Tourism And Hospitality Businesses
  • Tourism Programme Supervisor / Instructor / Facilitator
  • dan lain-lain

Skrol ke bawah untuk Program lain di JPH PIS.

 PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN ACARA

Karnival JPH

Program diploma tiga tahun ini direka untuk menyediakan pelajar dengan peluang untuk membangunkan dan menguruskan acara. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai disiplin kemahiran serta teknologi state-of-the-art untuk digunakan seperti perancangan acara dan rekabentuk, teknologi acara, penjanaan dana, pemasaran internet, pengurusan pelancongan insentif dan projek-projek pengurusan acara.

Selama tiga tahun, pelajar bersedia untuk memainkan peranan pada masa hadapan dalam ekonomi negara dengan membina asas yang kukuh dalam pengetahuan industri acara seperti pentadbiran, operasi, pemasaran, pengurusan risiko dan projek acara ditekankan bagi menyokong pemikiran kreatif. Aspek-aspek asas lain seperti asas-asas pelancongan dan hospitaliti,pembangunan profesional,perkhidmatan pelanggan,kesihatan dan keselamatan,dan pembangunan keusahawanan juga ditanam dalam program ini.

 
OBJEKTIF

Untuk menghasilkan graduan yang boleh membangunkan dan melaksanakan pelbagai bentuk acara pelancongan di Malaysia.

 
PROGRAM YANG DITAWARKAN *
  • Diploma Pengurusan Acara (3 tahun)

BIDANG PEMBELAJARAN (SECARA UMUM)

  • Audience Management
  • Event Planning
  • Event Promotion
  • Event Programme Design
  • Event Fundraising and Sponsorship
  • Logistics Management
  • Event Project
  • Technical and Production Management
  • Publication and Merchandising

FASILITI  

  • Pusat Simulasi Pelancongan
  • Peralatan interpretasi pelawat (kamera dan video)

PELUANG KERJAYA BERKAITAN

  • Event Planner
  • Risk Manager
  • Event Designer
  • Venue Manager
  • Meeting Planner
  • Wedding Planner
  • Security Coordinator
  • Sponsorship Manager
  • Association Executives
  • Entertainment Manager
  • Tourism Event Manager
  • Corporate Meeting Planners
  • Sports Competition Manager
  • Catering and Waste Manager
  • Exposition Service Contractors
  • Event Management Consultancy
  • Event Budgeting and Accounting
  • Operational and Logistics Manager
  • Destination Management Companies
  • Hotel and Convention Centre Executives
  • dan lain-lain

(Contoh acara: Persidangan dan konvensyen, pameran perdagangan, syarikat sosial, mesyuarat, pelancaran produk baru, kutipan amal dana, perasmian produk baru, festival dan parti)


Skrol ke bawah untuk Program lain di JPH PIS.
 
 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN)
(PENGURUSAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI ANTARABANGSA)
 
 Perasmian Ijazah Sarjana Muda
 

Penawaran program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang telah diluluskan oleh Menteri Pengajian Tinggi (ketika itu) pada 10 September 2012 merupakan satu lonjakan dalam usaha untuk meningkatkan kebitaraan politeknik yang berperanan sebagai katalisator Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di persada pendidikan tinggi negara.

Antara ciri-ciri Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) di JPH ialah:

  • Berasaskan Work-based Learning (WBL)
  • Peluang latihan industri selama 6 bulan (1 semester)
  • Kemahiran insaniah yang diterapkan dalam semua kursus
  • Pendedahan elemen pengurusan di peringkat antarabangsa
  • Dibangunkan secara home-grown
  • Mempunyai ciri perbezaan (distinct)
  • Program pengajian dalam bidang yang sama di institusi pendidikan tinggi yang lain
  • Proses pembelajaran dan pengajarannya bersifat hands-on
  • Pembelajaran berasaskan aplikasi dan latihan
 
OBJEKTIF

Bagi meningkatkan peluang graduan untuk memenuhi keperluan industri dan trek untuk sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

 
PROGRAM YANG DITAWARKAN *
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa) (4 tahun)
 
BIDANG PEMBELAJARAN (SECARA UMUM)

 

  • International Tourism and Hospitality Fundamentals
  • International Tourism and Hospitality Professionalism
  • International Tourism and Hospitality Operations
  • International Tourism and Hospitality Management
  • International Tourism and Hospitality Work-based Learning (WBL)

FASILITI 

  • 1 Dapur Komersil
  • 3 Dapur Latihan
  • Restoran Sri Baiduri
  • Kemudahan dobi
  • Bilik Simulasi Hotel
  • Peralatan dapur
  • Pusat Sistem Penempahan Berkomputer (CRS)
  • Pusat Simulasi Pelancongan
  • Peralatan rekreasi (daratan dan marin)
  • Peralatan interpretasi pelawat (kamera dan video)

PELUANG KERJAYA BERKAITAN

Sebaik selesai program ijazah sarjana muda ini, graduan akan mempunyai pelbagai peluang kerjaya untuk dipilih, seperti hotel, restoran, syarikat-syarikat penerbangan, ejen pelancongan, pengusaha pelancongan dan juga dalam organisasi kerajaan. Penempatan industri dan program WBL akan memberi peluang kepada pelajar untuk mewujudkan hubungan dengan majikan yang berpontensi pada masa depan. Graduan juga akan dapat untuk mengambil jawatan pengurusan pertengahan dalam operasi jabatan dalam sektor hospitaliti negara dan antarabangsa.


Skrol ke atas untuk Program lain di JPH PIS.
 
UNIT KEUSAHAWANAN

Program Keusahawanan dilaksanakan di kalangan pelajar IPT agar dapat diterapkan pendedahan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity identification and creation).

Bagi memantapkan program ini, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah dilancarkan pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut bertujuan melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/ lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

Pendidikan keusahawanan ini penting dan merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Di samping itu, program kritikal agenda (Critical Agenda Program, CAP) Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.

Maklumat lanjut mengenai program keusahawanan boleh didapati di laman web JPT.