logo4lmn rasmiiso1

Perpustakaan

Kemudahan Perpustakaan

library01 kauntersirkulasi

Kaunter Sirkulasi

library02 ruangbacaan

library03 ruangbacaan

library06 ruangbacaanA1

Ruang Bacaan

library08 bilikterbitan 
Bilik Terbitan Bersiri

library12 bilikkoleksikhas

Bilik Koleksi Khas

library04 ruangpameran

Ruang Pameran

Terletak di ruang legar Perpustakaan P.I.S. Terbuka kepada semua jabatan di Politeknik dan pihak luar yang ingin mengadakan pameran yang dapat menyebar dan memperkembangkan sumber ilmu. 

library05 ruangsimpanan

Penyimpanan Bagasi

Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini bagi menyimpanan barang-barang peribadi milik pengguna. Pengguna diingatkan supaya tidak menyimpan barang-barang berharga seperti komputer riba, wang ringgit, emas, telefon bimbit, dompet dan sebagainya di peti bagasi kerana sebarang kehilangan, pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab.

library07 terminalopac

OPAC ( Online Public Access Catalogue )

Kemudahan ini membantu para pengguna mendapatkan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang ada di perpustakaan dengan mudah, cepat dan tepat. Satu unit komputer yang diletakkan di aras bawah berhampiran mesin fotokopi telah dikhaskan untuk kemudahn ini.

library09 bilikkarel

Meja Karel

Meja karel yang disediakan di perpustakaan memberi pilihan kepada para pengguna yang memilih untuk mengulangkaji atau membuat tugasan secara individu.

library10 minilab

Mini Lab

Kemudahan komputer turut disediakan di perpustakaan bagi memudahkan para pelajar menggunakannya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Mesin Fotokopi

Mesin Fotokopi disediakan untuk digunakan oleh pengguna-pengguna perpustakaan. Tujuannya supaya pengguna-pengguna boleh membuat salinan buku-buku atau bahan-bahan lain yang tidak boleh dipinjam ataupun dibawa keluar daripada perpustakaan. Dua buah mesin fotokopi disediakan yang terdapat di Aras 1 dan Aras 2.

Wi-Fi

Bagi membantu proses pembelajaran para pengguna untuk mengakses maklumat yang lebih luas, perpustakaan melalui inisiatif Unit Teknologi Maklumat Politeknik Ibrahim Sultan telah membekalkan kemudahan wi-fi di perpustakaan.