Perpustakaan Politeknik Ibrahim Sultan (PPIS) merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar pada masa hadapan. Mula beroperasi pada bulan September 1998 dengan hanya lebih kurang 4,120 naskah buku, kini ia mempunyai sejumlah 48,489 naskhah. Bangunan perpustakaan dua tingkat yang mempunyai rekabentuk unik ini, tersergam indah di kawasan seluas 100 ekar dan telah dilengkapi dengan semua perabot serta peralatan termasuk komputer yang diperlukan untuk membantu sistem pengoperasiannya. Perpustakaan ini juga mampu menempatkan sehingga seramai 800 pengguna pada satu-satu masa.
Waktu Perkhidmatan
- Ahad hingga Rabu: 09.00 Pagi hingga 05.30 Petang
- Khamis: 09.00 Pagi hingga 3.30 Petang
- Jumaat ,Sabtu dan Cuti Umum tutup
- (Pertukaran waktu tertakluk kepada pindaan)
Kemudahan Perpustakaan
Kaunter Sirkulasi
Ruang Bacaan
Bilik Terbitan Bersiri
Bilik Koleksi Khas
Ruang Pameran
Terletak di ruang legar Perpustakaan P.I.S. Terbuka kepada semua jabatan di Politeknik dan pihak luar yang ingin mengadakan pameran yang dapat menyebar dan memperkembangkan sumber ilmu.
Penyimpanan Bagasi
Para pengguna boleh menggunakan kemudahan ini bagi menyimpanan barang-barang peribadi milik pengguna. Pengguna diingatkan supaya tidak menyimpan barang-barang berharga seperti komputer riba, wang ringgit, emas, telefon bimbit, dompet dan sebagainya di peti bagasi kerana sebarang kehilangan, pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab.
OPAC ( Online Public Access Catalogue )
Kemudahan ini membantu para pengguna mendapatkan bahan-bahan bacaan dan rujukan yang ada di perpustakaan dengan mudah, cepat dan tepat. Satu unit komputer yang diletakkan di aras bawah berhampiran mesin fotokopi telah dikhaskan untuk kemudahn ini.
Meja Karel
Meja karel yang disediakan di perpustakaan memberi pilihan kepada para pengguna yang memilih untuk mengulangkaji atau membuat tugasan secara individu.
Mini Lab
Kemudahan komputer turut disediakan di perpustakaan bagi memudahkan para pelajar menggunakannya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Wi-Fi
Bagi membantu proses pembelajaran para pengguna untuk mengakses maklumat yang lebih luas, perpustakaan melalui inisiatif Unit Teknologi Maklumat Politeknik Ibrahim Sultan telah membekalkan kemudahan wi-fi di perpustakaan.
Sumber Rujukan
Perpustakaan Negara Malaysia (Digital Library)