jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Pengurusan Psikologi

 

KELAB PEMBIMBING RAKAN SISWA POLITEKNIK

Kelab Pembimbing Rakan Siswa PIS ditubuhkan bermula pada tahun 2000 untuk memperkasakan perkhidmatan bimbingan rakan sebaya di politeknik dan turut serta menjayakan aktiviti / program di bawah kendalian UPK samada di Politeknik Ibrahim Sultan mahupun penganjuran bersama agensi luar yang berkaitan. PRS juga dikenali sebagai sebuah entiti bertauliah dan terlatih di dalam bidang fasilitator serta pengurusan perhubungan menolong antara rakan sebaya di PIS. Keahlian PRS adalah terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa di PIS yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat berikut :

- HPNM 2.8 dan ke atas
- Tiada subjek gagal / mengulang modul / tangguh semester / masalah tingkah laku
- Berpersonaliti baik dan komitmen yang tinggi
- Melepasi tapisan temuduga