jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Unit Sukan PIS adalah bertanggungjawab mengurus dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar dan staf di politeknik. Kemudahan yang terdapat bawah tanggungjawab Unit Sukan PIS ialah Komplek Sukan ( Gelanggang badminton, skuasy dan gymnasium) dan gelanggang-gelanggang permainan.

Visi

Melahirkan graduan TVET yang berpersonaliti unggul,bersahsiah serta berdisiplin tinggi melalui penglibatan dalam aktiviti sukan,kokurikulum dan kebudayaan.

Misi

  • Menerap dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan,terutamanya pelajar.
  • Menyediakan fasiliti sukan,kokurikulum dan kebudayaan yang selamat untuk digunakan.
  • Membangunkan bakat sukan,kokurikulum dan kebudayaan yang ada pada seseorang pelajar ke tahap yang lebih baik secara berterusan.

jskk2023

 


Fungsi Perkhidmatan

Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)terdiri daripada tiga unit utama iaitu Unit Sukan,Unit Kokurikulum dan Unit Kebudayaan,Kesenian dan Warisan.

Secara amnya, JSKK bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan kemudahan sukan kepada pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Di samping itu, JSKK juga berfungsi untuk:

  • Pengurusan bakat pelajar yang baru dan memantau dan menambahbaik bakat yang sedia ada.
  • Mentadbir urus perolehan serta penambahbaikan kemudahan peralatan sukan dan kokurikulum.
  • Menyediakan pasukan yang mewakili PIS dalam sukan, kokurikulum dan kebudayaan.
  • Merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau pengisian dan penilaian kurikulum kokorikulum(MPU).
  • Melatih dan melahirkan pelajar yang berupaya memimpin dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, berdisiplin, berdedikasi disamping mempunyai sikap toleransi dan kerjasama.

 

 jskk


 

 

Bil Nama Jawatan E-Mail
1 Mohamed Rafi bin M.S Solaiman Ketua Jabatan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Alyyati binti Mohd Talib Ketua Kursus Kokurikulum Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Siti Norbaiah binti Harun Pegawai Belia dan Sukan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Khadijah binti Md Ali Ketua Unit Kebudayaan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Siti Salwa binti Kusairi Pegawai Kebudayaan,Kesenian Dan Warisan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.