jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Fasiliti / Kemudahan Jabatan

Makmal komputer (Computer Lab)

Digunakan untuk kerja-kerja praktikal bagi matapelajaran perisian komputer, lukisan kejuruteraan dan pengaturcaraan komputer. terdapat tiga makmal komputer yang dilengkapi dengan sokongan sistem rangkaian pada pelayan yang berjenama Acer, HP dan Fujitsu.

Makmal Perhubungan Data (Data Comunication Lab)

Digunakan untuk memperkenalkan bentuk maklumat, sistem maklumat dan jenis pengurusan maklumat yang dapat dilakukan dalam perhubungan. Makmal ini juga dilengkapi dengan rangkaian komunikasi beserta Internet untuk membentuk sistem maklumat global. Terdapat empat jenis sistem pengoperasian bagi menyokong sistem rangkaian yang ada iaitu Windows NT, Windows 98, UNIX dan Novell Netware.

Makmal Elektronik Berdigit (Digital Elektronic Lab)

Menyediakan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep dan praktikal. Peralatan yang disediakan termasuk kit logik berdigit, peralatan pengukuran, pengesanan dan peralatan litar bersepadu seperti TTL dan CMOS.

digital electronic lab

Makmal Elektronik Kuasa (Power Electronic Lab)

Menyediakan latihan mengenai litar-litar yang biasa digunakan dalam perindustrian elektronik. Makmal ini memberi penekanan asas kepada litar kuasa, kendalian dan kegunaan komponen elektronik perindustrian.

Makmal Pengukuran (Intrumentation Lab)

Makmal ini menyediakan latihan untuk kerja praktikal bagi penggunaan jangka dan ukuran elektrik serta elektronik yang digunakan di dalam industri sebenar.

Makmal pengalatan & Kawalan (Intrumentation & Control Lab)

Makmal ini digunakan untuk kerja-kerja praktikal dalam simulasi sistem kawalan. Makmal ini juga mengadaptasi teknik pengaturcaraan pengalatan automasi dan robotik dipraktikkan mengikut industri sebenar.

Makmal Telekomunikasi (Telecommunication Lab)

Makmal ini menyediakan latihan mengikut litar-litar yang biasa digunakan dalam bidang telekomunikasi.

Bengkel Pemasangan Elektrik (Electric Wiring Workshop)

Makmal ini menyediakan kemudahan latihan untuk kerja praktikal pemasangan litar elektrik bagi pendawaian domestik dan industri mengikut piawaian British (BS).

wiring workshop

Makmal Pengautomatan & Sistem Kawalan (Automation & Control System Lab)

Makmal ini digunakan untuk mendedahkan pelajar kepada sistem automatik industri, robotik, pengaturcaraan sistem robotik, PLC dan pengautomatan.

Makmal Baikpulih Elektronik (Electronic Troubleshooting Lab)

Makmal ini digunakan untuk melatih pelajar membaikpulih peralatan audio-video dengan menggunakan simulasi komputer.

Dewan Kuliah (Lecture Hall)

Dewan ini digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar yang ramai.

dku

Bilik Seminar (Conference Room)

Bilik ini menyediakan ruang bagi urusan mesyuarat, pembentangan projek pelajar dan bilik persidangan bagi kemudahan staf dan pelajar.